Thursday, April 22, 2010

.: Bidadari itu milik siapa? :.


Umar r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah SAW. Semenjak ia memeluk islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf di Kaabah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang warak, ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqarah selama 10 tahun, ia kemudian melapur kepada Rasulullah SAW, "wahai Rasulullah SAW apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al- Baqarah, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya". Rasulullah SAW menjawab, "sudah..."!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah SWT. kerana kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Quran yang diturunkan Allah SWT berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Quran lainnya.



Rasulullah SAW seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalanannya mikraj menghadap Allah SWT. Beliau SAW sering pula menceritakan bagaimana keadaan syurga yang dijanjikan Allah SWT kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah SAW dimi'rajkan menghadap Allah SWT malaikat Jibril AS memperlihatkan kepada Beliau SAW taman-taman syurga. Rasulullah SAW melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeza dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril AS, "wahai Jibril AS bidadari siapakah itu"?. Malaikat Jibril AS menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.".


Pernah suatu hari ia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeza dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bagian atas matanya berwarna merah, dan bagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. kerana sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".

sumber : www.muzakkirahkhair.blogspot.com/

~ KAMI MENDAMBAKAN KASIHMU..PIMPINLAH KAMI MENUJU SYURGAMU YA ALLAH... ~

“Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia."

Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).

Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.

Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.

Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.

Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman - bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.

Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu.

Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.

Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.

Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.

Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.

Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.

Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw “Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat.” Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka.


Wallahu'alam...


Sumber : www.iluvislam.com

Monday, April 19, 2010

~ TIPS UNTUK MENGHAFAL AL-QURAAN ~




1-BETULKAN NIAT - Ramai orang yang menghafaz al-Quran tidak menjaga niat mereka. Ada diantara kita yang menghafaz al-Quran semata-mata untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran. Perkara ini banyak berlaku dipusat pengajian tinggi yang menghafaz hanya sekadar untuk meluluskan diri dalam peperiksaan.Dari sudut peperiksann itu adalah normal dan amat baik tetapi dari sudut keagamaan ia bertentangan dengan konsep penghafazan al-Quran. Sebenarnya, kita mesti menjaga niat menghafaz al-Quran hanya untuk meraih keredhaan ALLAH, semoga ia mampu menolong kita untuk memasuki Jannah-Nya dan mendapat keampunan buat diri dan seluruh keluarga kita,amin.




2-ISTIQAMAH - Setiap ibadat itu, perlukan sifat istiqamah atau berterusan. Di dalam penghafazan al-Quran, istiqamah merupakan asas tunjang yang amat kuat. Tanpa istiqamah, PERCAYALAH, hafazan seseorang itu akan rosak dan hilang begitu sahaja. Para penghafaz sudah tentu tahu hukum menghafaz al-Quran kemudian diabaikan sehingga lupa. Sebagai contoh, istiqamah dalam muraja'ah atau mengulang sejuzuk sehari,insyaALLAH hafazan kita akan ingat berkekalan jika ISTIQAMAH.




3-BERAMAL - Beramal dengan setiap ayat yang dihafaz adalah salah satu syarat untuk menjadi penghafaz cemerlang. Setiap ayat mestilah difahami maknanya dan diteliti takwilnya agar kita mendapat kefahaman yang betul berlandaskan syariat. Sebahagian ayat al-Quran menyeru melakukan kebaikan dan sebahagian lagi menyeru meninggalkan kemungkaran. Oleh itu ,berpeganglah dengan apa sahaja yang diperintahkan al-Quran, mengikut kemampuan yang kita miliki. Kita akan dapati betapa manisnya nikmat menghafaz al-Quran jika kita tahu kelebihannya.




4-PERDENGARKAN BACAAN KEPADA TEMAN - Gunakan sedikit masa yang ada untuk memperdengarkan bacaan kepada teman (yang juga menghafaz al-Quran) kerana ini akan menjaga hafazan agar tidak mengalami kesilapan. Kita mungkin tidak sedar jika kita membaca dengan silap. Jika diteruskan kesilapan itu takut akan bertapak dengan kuat dihati kita.Ini akan mengundang masalah untuk membetulkannya.Tetapi jika selalu diperdengarkan kepada teman-teman insyaALLAH kesilapan akan dapat diperbaiki sebelum melekat di ingatan.




5-SETIA PADA SEBUAH AL-QURAN - Mungkin ini pelik bagi orang biasa, namun tidak pelik bagi penghafaz al-Quran.Tabiat suka menukar al-Quran masa ke semasa boleh menganggu hafazan kita. Ia akan memeningkan kita dari segi mengingati struktur ayat, kerana setiap al-Quran mempunyai pelbagai saiz. Ia juga mempunyai perbezaan dari segi waqaf dan sebagainya. Ini akan membuatkan kita ragu dengan hafazan sendiri. Seeloknya, kita mesti tetap berpegang kepada satu al-Quran sahaja sehingga hafazan kita benar-benar kukuh dan bersemadi di hati. Disamping kita menetapkan fokus struktur ayat, ia juga akan menjadi berkat.




6-ULANGI BACAAN SETIAP HARI - Bagi memantapkan hafazan, kita wajib mengulang hafazan lalu setiap hari, jangan sesekali menjalani hidup tanpa muraja'ah kerana ini akan melunturkan hafazan sedikit demi sedikit. Kata seorang ulama', sehari kita meninggalkan al-Quran seminggu dia akan meninggalkan kita, seminggu kita meninggalkannya sebulan dia akan meninggalkan kita pula, apatah lagi jika meninggalkan sebulan, maka setahun jadinya. Perkara ini sudah tentu dirasai penghafaz al-Quran. Jadikanlah ia sebagai pedoman agar kita tidak meninggalkan muraja'ah.




7-ULANGI BACAAN DLM SOLAT - Mengulang hafazan didalam solat seharian akan menguatkan ingatan kita terhadap ayat-ayat al-Quran yang telah dihafaz. Jangan biasakan diri membaca ayat-ayat lazim sahaja, biasakan diri membaca surah-surah yang telah dihafaz dalam solat. Ini akan mengukuhkan lagi ingatan hafazan kita, kerana waktu itu kita tidak memegang al-Quran ditangan,dan akan menjadi khusyuk di dalam bacaan dan berusaha untuk membacanya dengan baik supaya tidak merosakkan pahala solat kita. Ini adalah salah satu latihan buat huffazul Quran agar membiasakan diri mengulangi tanpa berpegang kepada kitab al-Quran kerana orang yang mengulang hafazan tanpa al-Quran ditangan lebih hebat dari yang mengulang dengan al-Quran ditangan. Sebagai panduan yang bukan sahaja untuk semua malah para hamlatal Quran lainnya. Sesungguhnya nikmat kemanisannya sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.








~ NASKAH CINTA UNTUKMU SAHABATKU ~


Bismillahirrahmanirrahim.....


YA ALLAH, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini...berkumpul kerana mengasihiMU..bertemu untuk mematuhi perintahMU..bersatu untuk memikul beban dakwahMU..hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU..MAKA ERATKANLAH IKATANNYA..kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalan yang sebenarnya..penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMU yang tidak kunjung padam..lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman..dan keyakinan serta keindahan tawakal kepadaMU..MAKA, suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuanMU yang hakiki..JIKA ENGKAU TAKDIRKAN KAMI MATI, MAKA MATIKANLAH KAMI SEBAGAI PARA SYUHADA DALAM PERJUANGAN AGAMAMU..engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..restuilah nabi kami, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda selurunya..
Amin Ya Rabbal Alamin..

Saturday, April 17, 2010

AURAT WANITA DARIPADA AL-QURAAN DAN HADITH


1. Bulu kening -Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) -"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31) Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.


3. Wangian -"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).


4. Dada -"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)


5. Gigi -'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani) -"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).


6. Muka dan Tangan -Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).


7. Tangan -"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).


8. Mata -"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31). -Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).


9. Mulut (suara) -"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32). -Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).


10. Kemaluan -"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31). -"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar). -"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).


11. Pakaian -"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah). -"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. -"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).


12. Rambut -"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Wednesday, April 14, 2010

~ PERTUNANGAN DENGAN AJAL DAN MAUT ~

tak siapa tahu hatinya di ketika itu...
sdih gembira tak terkata...
segala perasaan bercampur-baur...

"Ya Allah..hatiku teruji..benar2 terusik kala ini..berikanlah aku kekuatan..agar persiapan terbaik dapat ku laksanakan.."

"Hana..bila bertunang? Tak bagi tahu pun."
"cantiknya cincin... dua2 sekali."
"Ooo...senyap2 ja ya.... xbgi tahu kami pun."
"Siapa org tu... hensem x?"
"Student jga ka... org mna?"
"Bila walimah?"


Hana hanya tersenyum..

"Belum tahu lg tarikhnya. InsyaAllah dlm masa terdekat nie.."

"Hana syg...anak ummi nak baju warna apa?"

"Putih bersih ummi.Empat meter ckup..buat jubah..jgn berlebihan ummi.."


Hari-hari yg berlalu dimanfaatkan sepenuhnya...
Agar dirinya benar2 bersedia menghadapi hari tersebut...


"Hana,x mkn sekali?"
"Maaf..saya puasa.."
"Owh,diet ya...tkut xmuat baju pengantin ka?"


Dia hanya tersenyum...malu diusik begitu...


Saban mlm dia bangkit menghadap sang Pencipta...
Dipastikan agar setiap malamnya dihiasi dgn ibadah2 sunat...
Memohon taubat dan keampunan atas segala dosa2 yg lalu..
Agar hatinya benar2 tenang menerima... Segala yg telah ditakdirkn utknya...
Dan air matanya tumpah lagi...


Hari bersejarah Hari itu tiba Tepat...
Sebagaimana yg telah dijanjikan..
Ramai tetamu dari jauh dan dekat hadir...


"Cantiknya..."
"Tenang sgt.."


Namun,sepi d sudut umah itu..


"Mak cik,napa xbgi tahu saya..."
"Maaf Lisa..."
"Hana yg mnta agar perkara ini dirahsiakan.."
"Tapi mak cik...saya teman rapat Hana.."
"Saya kecewa sgt.." "tak dpt bantu...ketika dia sgt2 memerlukan..."
"saya bukan sahabat yg baik mak cik..."


"Maafkanlah Hana ya.."
"Dia cuma x mahu susahkn sesiapa..terutamanya shbt2 yg dia syg"
"Mak cik,boleh kami tahu siapa tunang Hana?"
"Sebenarnya...Hana xbertunang ngan sesiapa pun."


"Tapi cincin yg dia pakai tu..."
"Selepas disahkan meghidapi penyakit...dan diberitahu jngka hayatnya... dia pakai cincin tu..."


"Yang disebelah kanan sebagai tanda dia telah dirisik oleh ajal... dan yg d kiri tanda dia telah bertunang dgn maut..."

"Cincin tu sebagai peringatan agar dia tdk terleka.. dunia ini akan d tinggalkan.. saat perkahwinannya dgn kematian hmpir tiba.."
"Dan baju pengantinnya..?"
"Baju itu ialah kain kafan...disediakan awal2..supaya bila tiba masanya..tak perlu tercari2.."
"Dan dia berpuasa saban hari...agar perutnya sentiasa kosong... supaya mayat nnti mudah dimandikan org..."


"Dia begitu yakin dan tekun bersedia...
ya...
sebab itulah dia sentiasa berusaha...
menebus segala dosa..
dan mempersiapkn bekalan sebanyak mungkin...''
"Mak cik sungguh tabah..
setabah ummu Sulaim.."


"Kerana dia mengajar mak cik utk lebih bersedia...
Melepaskannya kpd pemilik asal...
yg menciptakan dan yg mematikan..
Sang Pencipta sekalian makhluk...."

Friday, April 9, 2010

.: FINAL EXAMINATION IS JUST AROUND THE CORNER !! :.


Salam alaik..


dah lama iqa tidak update blog ni..maafkan iqa ya.. especially yasmin..kak iqa minta maaf ya syg.. tak sempat..em, rasanya masih segar lagi dalam ingatan, macam baru je mula semester dua.. alih2, lagi 12 hari je iqa bakal menduduki peperiksaan akhir untuk semester dua ni..Ya Allah.. masa semakin suntuk !! manfaatkanlah masa yang ada sebaik mungkin !! Ummi, ayah, doakan iqa ya.. kuatkanlah semangat ku Ya Allah agar aku mampu untuk mengharungi dan menjalani peperiksaan akhir ini dengan mudah.. bantu iqa Ya Allah..T_T insya allah, lepas final nanti iqa akan update blog ni lagi..


# My final examination schedule :-


1) 22/4/2010 - Tamadun Islam dan Tamadun Asia ( 9.00 a.m)

2) 26/4/2010 - Differential Equation ( 9.00 a.m)

3) 28/4/2010 - Mechanics of Machines ( 9.00 a.m)

4) 3/5/2010 - Statistics and Probability ( 9.00 a.m )



maaf ya kalau ada yang sent message atau comment pada iqa kalau iqa lambat balas..

ummi , ayah, doakan iqa ...

adik, doakan kakak ya..

sahabat2, terutamanya 1 BMFU, doakan iqa..

bittaufiq wannajjah untuk kita semua.. insya allah.. =)


setakat ini dahulu coretan iqa..

jaga diri dan jaga iman..

ilalliqa' wa ma'assalamah..

assalamualaikum.. =)