Saturday, August 14, 2010

~ PASTI ADA HIKMAH YANG TERSIRAT... SUNGGUH JANJI ALLAH ITU PASTI... T_T ~


~ RAHMAT UJIAN ~

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu....


Mungkin... Ujian yang sedang ku lalui ini sebagai tanda Allah menyayangiku... Sejauh manakah kemampuanku untuk bertahan dengan ujian yang diberikan... Sesungguhnya JANJI ALLAH ITU PASTI ! wahai hati... bersabarlah... Aku mohon padaMU ya Allah... berikanlah dikiku kekuatan untuk mengharunginya agar hambamu ini dapat melalui liku-liku kehidupan ini dan kurniakanlah kasih sayang dan rahmatMu kepadaku wahai Tuhanku.... Allahuakhbar... T_T

Friday, August 13, 2010

~ UjianMU tanda kasih sayang dariMU padaku Ya Allah.. T_T ~


Ya Allah..kadang kala terasa diri ini lemah menghadapi ujian dariMU.. Tenangkanlah hatiku dan kuatkanlah semangatku Ya Allah...Kerana diri ini mengetahui bahawa diriMU tidak akan membebankan hambamu diluar batas kemampuannya...T_T


" Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal,dan Dia adalah tuhan yang memiliki Arys yang agung" (Surah At-Taubah : 129)


Lantas membuatkan diriku mengingati pesanan sahabat yang meninitipkan kata -kata semangat kepada ku..


" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman" (Surah Ali Imraan : 139)


Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakhbar...

Zikrullah itu penenang jiwaku..... T_T

Thursday, August 12, 2010

~HADITH BERKAITAN DENGAN FADHILAT RAMADHAN ~



Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."


Sumber : http://www.darulnuman.com/semasa/ramadhan.html


AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN ....

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua sahabat2 tidak kira dimana kalian berada... karamahnya ukhwah bersulamkan cinta kepada Allah..

ilalliqa' wa ma'assalamah.. :-)

Saturday, August 7, 2010

~ FORUM BICARA AD-DEEN ~


Sama - sama kita memeriahkan FORUM BICARA AD-DEEN sempena KARNIVAL PENGHAYATAN ISLAM yang akan berlangsung pada malam ini... Forum tersebut akan dijalankan pada pukul 8.00 malam bertempat di Tapak Pesta Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia Melaka...

Tajuk Forum : MEMBENTUK MASYARAKAT MAJU MELALUI AL-QURAAN DAN SAINS

Ahli Panel :
1) Ustaz Jamnul Azhar Mulkan ( Ketua Editor Majalah SOLUSI )
2) Prof. Madya Dr. Mohd Arif Bin Haji Kasmo ( Pensyarah Sains Teknologi Pengajian
Umum UKM )

Friday, August 6, 2010

~ PUTERIKU SAYANG ~



Assalamualaikum... salam rindu iqa hulurkan kepada sahabat-sahabat semua... maaf sebab iqa dah lama tak update blog ni.. " DEMAM KARNIVAL PENGHAYATAN ISLAM " sedang melanda diri.. alhamdulillah.. Malam tadi telah berlangsung KONSERT AMAL GEMA SUARA . Seronok sangat ! Antara artis yang dijemput untuk membuat persembahan ialah Kumpulan Hijjaz, Nash, Hafiz Hamidun dan Nazrey Johani.. Seronok kenapa ? hehe.. sebab kumpulan Hijjaz mendendangkan nasyid PUTERIKU SAYANG .. Subhanallah... Hayatilah lirik yang terdapat dalam nasyid tersebut... :-)



~ PUTERIKU SAYANG ~

Lembut mu tak bererti kamu mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannaya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya....


Wanita solehah itu lebih tinggi darjatnya dari bidadari syurga.. Segalanya bermula dari didikan ibu bapa.. Berusaha menjadi seorang individu muslim yang baik.. Kemudian melangkah ke tangga destinasi seterusnya, Baitul Muslim.. Segalanya bermula dari sekarang ! Bersiap - sedia menjadi anak-anak soleh/ solehah yang mampu menjadi aset kepada ibu bapa tercinta.. insya allah.. :-)


SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH ITU PASTI ..


Hanya kerana agamanya.. Hanya kerana Alunan ayat suci AL-Quraan.. Subhanallah... T_T