Sunday, January 31, 2010

Mid Semester Examination Is Just Around The Corner..

Salam alaik..

x sangka kan, dah sebulan iqa lalui semester 2..Packed juga sem ni..tapi seronok..sbb ada 4 sahaja subjek untuk final,sedangkan iqa ambil 8 subjek untuk semester ni..dan, tinggal 71 hari sahaja lagi untuk final exam..

*My mid-sem exam schedule :-

1) 2/2/2010 -Auto CADD
2) 3/2/2010 - Tahsin Quraan
3) 5/2/2010 - Statistic and probability
4) 8/2/2010 - Mechanics of Machines

maaf ya kalau ada yang sent comment atau message pada iqa kalau iqa lambat balas..
ummi, ayah, doakan iqa ya..
sahabat2 , doakan iqa juga ya...

jaga diri n jaga iman..
ilalliqa'..
salam.. :-)

Pertandingan Debat Terbuka UTeM 2010

Salam alaik...

Hari ini, dari pukul 8 pagi - 5 ptg iqa n kawan2 stay kat kampus. Kami ada pertandingan Debat.
Sebenarnya pertandingan ni dah berlangsung sejak semalam, tapi iqa ada kelas, jadi x dapat nak hadirkan diri.

Bila sampai je kat kampus, bas yang kami naiki pun terus ke Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Di sini lah berlangsungnya program hari ini. Hmm, lepas dah selesai taklimat oleh pengarah program (kalau x silap iqa ) , kami pun dibahagi kepada empat sidang dan iqa ditaklifkan sebagai Yang DiPertua Dewan untuk sidang 3. hehe..

mula2 tu, rasa gementar juga , sbb iqa dah lama x jd pengerusi majlis.. masa zaman sekolah dulu selalu la juga..kenangan.. :-)

seronok sgt masa sesi debat ni berlangsung, pihak kerajaan dan pembangkang , masing 2 cuba untuk memberikan hujahan mereka.. Sengit juga la..pengalaman yang amat bermakna buat iqa hari ni..

Majlis penutup program ni dijalankan di Auditorium Canselori..Dan, keputusan akhirnya berpihak kepada kumpulan pembangkang apabila usul sesi debatan terakhir dengan tajuk " perpaduan : UTeM sebagai contoh terbaik " ditolak..

apa2 pun tahniah kepada yang berjaya..

hanya ini coretan iqa buat hari ini..

wallauhualam.. :-)

Saturday, January 30, 2010

Happy :-)

salam alaik..

hmm..iqa baru je habis bengkel..hari ni kami buat turning process..seronok..sbb mudah sikit daripada welding dulu..hehe..lepas ni dah x ada lab hari sabtu.. after mid sem break baru la mula ada lab semula..x sabar rasanya nak buat casting , fabrication and fitting .. :-)

Wednesday, January 27, 2010

syukur..alhamdulillah..

salam alaik..
hehe..x de apa sangat pun iqa nak tulis malam ni...
x tau nak tulis apa sbb now tgh bertarung sapkan segala
homework yang ada.. :-) tp, one thing that really make me happy
tonight is my statistics quiz result dah keluar.. syukur.. Thank You Allah..alhamdulillah..

Monday, January 25, 2010

..Remaja Dan Iman..

Alam remaja tak lekang cabaran. Daya inkuiri yang tinggi untuk mencuba sesuatu yang baru amat ketara. Perasaan dan keinginan bergelora hebat. Ia suatu tempoh transisi menuju dewasa. Rakan sebaya biasanya sangat berpengaruh dalam kehidupan seseorang remaja dalam tempoh ini.

Seringkali setiap remaja keliru untuk berhadapan dengan segala sesuatu. Sukar untuk menentukan bagaimanakah sepatutnya perasaan, konsep dan penilaian sebenar terhadap masalah-masalah, terhadap peristiwa-peristiwa dan juga terhadap individu manusia pada keseluruhannya.

Firman Allah S.W.T. ;



وَلا تَهِنُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الأعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

" Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. " (Surah Ali 'Imran: ayat 139)

Rasa mulia dan tinggi dengan iman, suatu perasaan yang sungguh memotivasikan hidup. Perasaan ini akan menjadikan hidup lebih terarah dalam menghadapi setiap realiti, kemungkinan dan nilaian manusia. Muslim beriman akan memegang Iman dan nilainya mengatasi segala bentuk nilai yang datang dari sumber yang lain. Sungguh hebat perasaan ini mempengaruhi hidup seseorang yang yakin dengannya.

Begitulah remaja beriman takkan mudah goyah dengan nilaian kawan-kawan. Tetap teguh pendirian apabila kawan-kawannya mengejek lekeh jika tidak merokok. Atau memandang tak laku jika belum berpunya. Dia tak mudah melatah apabila dianggap ’skema’. Imannya menjadi perisai apabila diajak berfoya-foya.

Hebat sekali kuasa iman. Rasa mulia dengan iman ini suatu perasaan yang perlu ditanam dan disuburkan hinggalah ianya tidak menjadi suatu perasaan yang hangat-hangat tahi ayam sahaja. Perasaan agung itu mestilah berdasarkan kebenaran Allah yang Maha Hidup dan tidak mengenal mati. Kebenaran yang tetap hidup walaupun dicabar oleh kekuatan, oleh konsep dan realiti yang sering berlegar dalam kehidupan seharian remaja.

Contohnya, remaja beriman akan tegas berkata,
”Saya takkan menjadi robot yang hanya terpacak di hadapan tv, diikat hidung oleh media yang sering menghidangkan hiburan.”

Kebanyakan remaja hari ini terdedah dengan arus globalisasi hingga mempunyai cara berfikir sendiri yang sangat berpengaruh sesama mereka. Persekitaran dan didikan juga menyebabkan mereka mempunyai nilai-nilai yang sukar untuk ditentang; nilai yang menekan rakan sebayanya untuk turut terikat dengannya.

”Tak keluar dating? Apa kuno sangat kamu ni? Ni bukan zaman nenek moyang dulu.”

Inilah hanyalah salah satu contoh pemikiran remaja kita.

Cara berfikir, dan nilai itu menekan remaja lain yang tidak mempunyai persediaan yang kukuh. Begitu juga setiap konsep yang membelenggu cara berfikir remaja hari ini memang mempunyai ikatan yang kukuh dan kuat, yang sukar dikikis jika tidak dihadapi dengan suatu konsep yang kebal yang diceduk dari Allah S.W.T. Setiap remaja yang menentang arus, yang menentang cara berfikir remaja lain, menentang nilai hidup mereka dan sebagainya, tentu akan merasa tersisih dan bersedih hati, jika tidak berpegang kepada dahan yang lebih kukuh dari manusia itu sendiri.




Allah S.W.T. pasti tidak membiarkan orang-orang yang beriman keseorangan menghadapi tekanan, kesepian menanggung beban yang berat itu. Oleh kerana itu, sungguh indah (Surah Ali 'Imran: ayat 139) memujuk setiap orang beriman. Sesungguhnya orang yang beriman itulah orang yang paling tinggi darjat tempat pergantungannya.
Kenapa nilai remaja lain perlu lebih berpengaruh dalam hidup kita berbanding nilaian Allah yang menciptakan kita semua?

Fikir-fikirkanlah...

Contohilah keberanian Rabi’ bin Amir dalam menyatakan imannya di hadapan Rustam menjelang perang Qodisiyyah.

"Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya daripada pengabdian terhadap hamba kepada pengabdian kepada Allah s.w.t., dari kesempitan dunia kepada keselesaan hidup dunia dan akhirat, juga dari kezaliman agama-agama lain kepada keadilan Islam. "
Wahai remaja beriman, kita belum lagi diuji berhadapan kuasa kafir sebagaimana Rabi’ bin Amir berhadapan Rustam, kita baru diuji berhadapan dengan suara-suara rakan sebaya. Kenapa perlu gentar menyatakan iman kita terhadap mereka bagi menolak segala ajakan dan dakwaan yang tidak sihat? Jangan mudah mengalah. Rasa mulia dan tinggilah dengan IMAN.
sumber : www.iluvislam.com

Rahsia Tersirat Pada Tarian Poco-Poco..Renungkan..

Salam alaik..

ptg td, masa iqa baca artikel2 kat iluvislam, iqa terpandang artikel ni..agak menarik..dan rasanya perlu dikongsi bersama sahabat semua..Tajuknya, rahsia tarian poco-poco. Dan, ini kisahnya...


Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dengan izinNya. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yang beragama Islam terutama ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib. Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa.

Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama-sama fikirkan. Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan daripada kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak menarikan lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan keasyikkan menarikan tarian ini.

wallahulalam...

sumber : www.iluvislam.com

Friday, January 22, 2010

iNSyA aLLaH...

















...LA TAHZAN...



iqa nak kongsi message yang iqa dapat dari seorang teman usrah..

moga2 dapat membantu sahabat yang sedang bersedih..

sesungguhya Al-Quraan itu dapat menjadi penenang jiwa.

jangan sesekali mengabaikan Al-Quraan..


1)Kenapa aku diuji?

- surah Al-Ankabut ayat 2-3


2)Kenapa tidak dapat seperti yang saya idamkan?

- Surah Al-Baqarah ayat 216


3)Kenapa ujian yang kuterima seberat ini?

- Surah Al-Baqarah ayat 286


4)Frust !

- Surah Al- Imran ayat 139


5)Bagaimana ingin ku hadapi semua ini Ya Allah..

- Surah Al-Baqarah ayat 45


6)Apa yang akan ku peroleh dengan ujianMu..

- Surah At-Taubah ayat 111


7)Pada siapa ingin ku bergantung harapan?

- Surah At-Taubah ayat 129


8) Tidak terdaya ku menanggungnya..

-Surah Yusuf ayat 87


Semoga dapat memberi panduan kepada yang memerlukan..


Wallahualam... :-)

Solat Sunat Dhuha..Nak Tahu kelebihannya?

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:






a) Bacaan niat solat sunat Dhuha
Ertinya: " sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala".


b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam


c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha


d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa



maksudnya;


"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

" Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." (HR. Anas B Malik).


" Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (HR Tirmizi)

" Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat." (HR Ahmad, Muslim dan Daud)

Sumber : www.iluvislam.com

Thursday, January 21, 2010

kuatkan semangat !!

salam alaik...
dah lama iqa x update blog..
bukan apa, minggu ni banyak tugasan yg perlu dibuat..
lumrah seorang pelajar..
x kan pernah lari dari semua ni..
tp seronok..
hmm, esok pagi ada 2 quiz..
mechanics n statistics..
ummi, ayah..
doakan iqa ya..
ok lah..
untuk sahabat2, jaga diri n jaga iman..
ilalliqa'..

Tuesday, January 19, 2010


Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah daripada wanita yang berpakaian “liberal” kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam. Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronisme yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.


Penyelesaian


Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen daripada satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah daripada segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.


Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan daripada segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada Tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.


Muslimat


Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima. Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar daripada badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas daripada unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan.


Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan. Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.


Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat


Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha


J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.


m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.


tetha ialah perubahan suhu.


Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)


Abstrak/Pengenalan


Dalam kajian ini, “eksperimen” dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedahwanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.


Tujuan


Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.


Hipotesis


Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.


Inferens


Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.


Pembolehubah manipulasi


c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas daripada suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya “mengurung” wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?


Pembolehubah malar


m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama. tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).


Pembolehubah bergerakbalas


J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.


Kaedah


1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian. 3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baikLelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.


Pemerhatian


1) Wanita A kelihatan merendah diri, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.


Kesimpulan


Daripada eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi: J = mc x tetha.Oleh itu, hipotesis diterima.


sumber : www.iluvislam.com

Sunday, January 17, 2010

...Buatmu Wanita Solehah...

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

Lagu: AMAR
Lirik: AMAR

Take Ur Tyme..


Hadith Nabi Mengenai Kaum Hawa

19 Hadis Nabi Mengenai Wanita.

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki keranasifatpenyayangnyayang lebih kuat daripada lelaki. Ketikaditanya kepadaRasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebihpenyayangdaripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akansia-sia"

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalamrahimnya, makaberistighfarlah para malaikat untuknya.Allahmencatatkan baginyasetiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskandarinya 1,000kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendakbersalin, maka Allahmencatatkan baginya pahala orang yang berjihad padajalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia daridosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagiibu itu setiapsatu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memeliharaanaknya yangsakit, maka Allah memberinya pahala sepertimemerdekakan 70 hambadengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnyaseumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkanAllah dan orangyang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan daripasar ke rumahlalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanyaseperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anaklelaki. Makabarangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olahdiamemerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusanagama, makaAllah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahuludaripada suaminya(10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasabulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,masuklah dia daripintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada1,000 lelakiyang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,siapakah yanglebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,"Suaminya"."Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,maka jawablahpanggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan dilaut,burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semuaberistighfarbaginya selama mana dia taat kepada suaminya sertamenjaga sembahyangdan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akantertutuppintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah darimana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidakdihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atautiga saudaraperempuan atau dua anak perempuan atau dua saudaraperempuan lalu diabersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka danmendidik merekadengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, makabaginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengansesuatu daripadaanak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

sumber : www.iluvislam.com

Puteri Rasululllah S.A.W : Siti Fatimah r.a

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.
Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.
Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)
Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.
Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.
Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.
Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.
Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."
Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"
Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.
Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.
Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"
"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.
Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."
Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya..

Sumber : www.iluvislam.com

...Syukur PadaMu Ya Allah kerana menjadikan dirinya sebagai teman sejati ku...



gambar : iqa n eneez syawal 2009

Teman sejati,
bukan yang DEKAT DI MATA..
bukan juga yang KERAP BICARANYA..



TETAPI,



dia adalah yang setia dihati..
dan diingati dalam bisikan doa..


"Eneez Suhaira Binti Mohd Suhaimi"

nama sahabat yang terpahat dalam hatiku..
syukur padaMu Ya Allah..
mengenalinya adalah antara detik terindah dalam kamus hidupku..
walaupun kami berjauhan,
tetapi,
kerana ukhwah yang terjalin kerana Allah, kami masih lagi
menjadi sahabat..

khas untukmu wahai sahabatku fillah:-
"barangsiapa yang menjalinkan persahabatan kerana ALLAH, menyatakan persahabatan kerana ALLAH dan meninggalkan sesuatu kerana ALLAH,maka ia telah melengkapkan imannya,yakni menjadi orang mukmin yang sempurna"

"Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyuk, tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan sia-sia, tiada kebaikan bagi pembaca AL-Quraan tanpa mengambil pengajaran daripadanya, tiada kebaikan bagi orang berilmu tanpa sifat warak dan TIADA KEBAIKAN MEMPUNYAI SAHABAT TANPA SALING MENYAYANGI..."

ukhwah fillah abadan abada.. :-)

...Ingin kutemui dirinya...


kring2..kring2..


telefon bimbit iqa berbunyi..siapa yang call ya? owh, ummi..


"Hello, assalamualaikum ummi.." iqa menjawab panggilan ummi."waalaikumsalam, dah habis kelas ke?, dah makan?"tanya ummi."ha'ah iqa baru je habis kelas.baru je sampai rumah, makanan iqa dah beli, nak makan malam nanti.."kataku. ummi berkata lagi,"iqa, induk dah bersalin..dapat baby boy.."iqa membalas kata2 ummi tersayang "ye ke, seronoknya..tambah lagi adk sepupu iqa..lepas ni ashraf dah jadi abang la kan ummi, iqa tak boleh nak panggil dia adik lagi..hehe..




sedikit perbualan ku bersama ummi pada petang 14/1/2010..

tak sabarnya nak jumpa baby baru..


"Aizat fahmy Bin Razali" itulah nama yg diberi oleh induk dan pak induk untuk baby baru mereka..


insya allah, bila kak iqa cuti nanti kita jumpa ya...

ilalliqa'.. :-)

CiNTA...

PeSaN pADa DiRi
Jangan tersalah memberi hati..
pada insan yang tidak mengerti,
kerana,
sekali kau memberi,
selamanya dia dihati..
kerana,
sekali kau dilukai,
sampai mati akan kau ingati..
Berhati-hatilah dalam memberi hati..
sebab ia HANYA UNTUK INSAN yang tahu menghargai..
Bertapa tingginya nilai sekeping hati..
Pemilik Cintaku Setelah Allah Dan Rasul..

Puteriku Sayang..

sama-sama kita hayati lirik lagu ni..

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang..

Lembut mu tak bererti
kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang...

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya...

Insya Allah..

Saturday, January 16, 2010

Terima Kasih Yasmin Shahirah.. :-)

salam alaik..min thanks ya..tolong customize blog kak iqa..cantik sgt..sweet..sbb semuanya warna pink..thanks again ya..akhirnya kak iqa dah ada blog sendiri..hehe..sbb selama ni x sempat pun nak belajar buat..k la ya dik, dah lewat ni..tidur la ya..nyte2..jgn lupa baca doa tau..ilalliqa'.. :-)