Sunday, February 21, 2010

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com Discover the Beauty of Islam

JALAN IBADAH AMAT LUAS UNTUKMU WAHAI MUSLIMAT !!

Salam alaik..
sedang iqa tercari-cari artikel yg sesuai untuk iqa masukkan untuk kali ini, iqa terpandang artikel ini di http://www.iluvislam.com/

berikut adalah artikelnya..


Ya Ukhti!
Jalan Ibadah Amat Luas Untukmu!


Wahai saudari-saudari muslimahku,


Cubalah kalian nilaikan berapa banyakkah ibadah-ibadah yang kalian boleh lakukan ketika haidh tetapi kalian masih tidak melakukannya. Bukaklah Hisnul Muslim, lihatlah doa-doa dan zikir-zikir yang Nabi Muhammad s.a.w amalkan, nilailah, cerminlah diri kita sudahkah kita amal semua zikir-zikir yang ada di dalamnya. Jika masih belum puas, periksalah pula kitab al-Adzkar oleh Imam an-Nawawi. Lihat berapa banyak zikir-zikir dan doa-doa yang kalian belum amalkan. Jadi tiada alasan untuk kalian wahai-wahai srikandi tercinta untuk berkata bahawa apabila haidh maka kami kurang beribadah berbanding lelaki.








Wahai saudari-saudari seaqidahku,



Dalam bab membaca dan menyentuh al-Quran. Ulama-ulama umat masih berbeza pendapat tentang pengharamannya. Seandainya saudari berpegang kepada pendapat mengharamkannya, masih banyak ibadah yang saudari boleh lakukan bahkan tak akan habis untuk saudari lakukan di satu malam.


Wahai srikandiku,


Apabila kalian uzur, bukan alasan untuk kalian menghabiskan masa menonton televisyen tatkala si suami sedang bersolat. Bukanlah ia menjadi alasan untuk saudari menghabiskan hari siang dan malammu dengan tidur dan membiarkan si suami bersolat malam sendirian. Bukan juga ia menjadi alasan untuk kalian membiarkan anak-anak terkapai-kapai mempelajari al-Quran sendirian.

Wahai srikandiku,
Cuba kalian kira, berapa minitkah bagi setiap solat yang kalian lakukan apabila kalian berada di dalam keadaan suci. Andai kata 5 minit. Kenapa tidak kalian gunakan 5 minit itu untuk membaca doa-doa dan zikir-zikir yang Rasulullah s.a.w amalkan. Jika kalian solat malam selama 1 jam di bulan Ramadhan ketika kalian suci. Kenapa tidak kalian gunakan sejam itu dikala kalian uzur untuk kalian membanyakkan istighfar, memohon keampunan daripada Tuhan. Biarkanlah air mata kalian keluar pada malam itu. Biarkan ia menjadi saksi ketundukan kalian kepada Allah yang Maha Pengampun.

Wahai saudariku,

Jika kalian tidak berpuasa, gunakanlah kelebihan kekuatan yang ada pada hari itu untuk membantu kawan-kawan kalian yang berpuasa. Saudari boleh sediakan hidangan berbuka untuk mereka dan membiarkan mereka berehat. Saudari juga boleh membantu mereka melakukan kerja-kerja rumah, dan mengurangkan kerja-kerja mereka. Bukankah ini semua ibadah wahai srikandiku.



Wahai saudariku,


Jika saudari berpegang kepada ulama yang menyatakan haram wanita uzur memasuki masjid, masjid banyak ibadah yang boleh saudari lakukan dirumah. Jika saudari berpegang kepada pendapat membenarkan saudari yang uzur ke masjid, banyak juga yang saudari boleh lakukan di masjid walaupun tidak bersolat.


Saudari boleh membantu menjaga kanak-kanak kecil yang sedang bermain tatkala ibu bapa mereka bersolat. Saudari boleh bacakan kepada mereka kisah-kisah nabi, saudari boleh mengajar mereka membaca Alif, Ba, Ta. Saudari boleh menenangkan mereka tatkala mereka menangis menanti si ibu yang sedang bersolat. Bukankah ini semua ibadah wahai srikandiku.


Ya ukhti,


Sungguh luas jalan ke syurga yang Allah bentangkan untuk saudari. Janganlah saudari sempitkan jalan yang luas itu. Mahukah saudari menempun jalan mudha ke syurga? Bukankah jalan ke syurga dimudahkan untuk mereka yang menuntut ilmu.


Saudari boleh gunakan masa yang biasa saudari lakukan untuk solat dengan membaca buku-buku agama. Saya nasihatkan saudari untuk memulakan dengan bahan bacaan asas agama. Saudari mulakanlah dengan membaca buku-buku berkaitan akidah. Pilihlah buku yang mudah. Saudari boleh membaca Kitab at-Tauhid karangan Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab. Sangat ringkas buku ini dan mudah untuk saudari fahami. Saudari juga boleh membaca buku saudara Hafiz Firdaus Abdullah tentang contoh-contoh hal yang boleh merosakkan akidah. Selepas itu saudari hendaklah membaca buku tentang bersuci.


Buku kecil Sifat Wudhu Rasulullah amatlah berguna buat saudari. Selepas itu bacalah buku Sifat Solat Nabi untuk saudari memperbaiki mutu solat saudari. Saudari juga tidak boleh melupakan hukum-hakam khas untuk gadis atau wanita seperti saudari. Bacalah buku-buku berkaitan hukum hakam haidh, istihadah dan lain-lain. Saudara boleh membaca buku karangan Shaikh Shalih al-Utsaimin berkaitan hal ini.



Wahai saudariku,


Saya kira jika mahu ditulis kesemua di sini akan hal-hal yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang uzur, nescaya akan habislah dakwat pena, akan menjadi bermuka-muka tulisan ini. Dan saudari juga mungkin tidak akan mampu melaksanakan kesemuanya.



Ya ukhti,


Ingatlah Allah Maha Adil. Keuzuran pada wanita bukan penghalang mereka beribadah. Sematlah rasa cinta pada Tuhan, yakinlah pada keadilanNya, titiskanlah air mata memohon keampunanNya.


Wallahu’alam.








Kemballi ke medan perjuangan !!

Salam alaik..

apa khabar sahabat2 semua? rindunya iqa.. dah lama juga iqa tak update blog ni..hehe..maaf ya. walaupun cuti, iqa perlu siapkan assignment..lumrah dan tanggungjawab yg tak akan terlepas jika kita bergelar pelajar kan? :-) hmm, dah seminggu cuti, apa lagi, hari ni kelas dah mula..rindunya dekat kampus !! sgt2..hehe.. pelik tak? bila kat kampus ,kdg kala letih juga, mesti rasa , bilalah nak cuti .. hehe.. tp , kalau ada kat rumah, bila dah lama sgt, rasa rindu nak sibuk macam kat kampus.. pergi kelas, naik bas, buat tutorial..hehe.. hmm, petang ni ada kuliah dah.. ok lah, nanti kalau iqa free, iqa post lagi ya..

ukhwah fillah abadan abada..

ilalliqa'..

salam.. :-)

Thursday, February 11, 2010

Untukmu Wahai Ikhwanul Muslimin..






Salam alaik..
alhamdulillah..iqa dah selesai menduduki mid-semester examination. hmm, apa lagi esok dah mula cuti la..hehe..sgt seronok!! boleh balik rumah..em, haritu, masa g kat pusat persatuan pelajar, iqa terpandang artikel yang ditampal sempena minggu promosi Hatiku Milik-Mu...
So, iqa rasa iqa nak kongsi dengan sahabat semua.. :-) tajuknya?



TOLONG SAMPAIKAN PADA SI DIA

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya,
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNYA..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga.
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak kaki ibu terletak syurga buatnya..

Tolong ingatkan si dia, aku TERPIKAT KERANA AGAMA DAN IMANNYA bukan kerana rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih CINTAKAN ZUHUDNYA bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai mahu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar terhadap keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana batasan agama..
Tolong sabarkan si dia , apabila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan pada dirinya, diri ini tidak rela menjadi fitnah untuk dirinya..
Tolong pesan pada dirinya, diri ini tidak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong khabarkan pada dirinya, aku tidak mahu melekakannya..
Tolong khabarkan pada dirinya, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada dirinya, sudilah kiranya menjadi antara pendorong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terpelihara..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kepada Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terpelihara selagi dia menjaga hubungan dengan penciptanya..
Tolong sampaikan pada si dia, kerana diri ini tidak mampu untuk memberitahunya sendiri..

Hanya engkau Ya Allah mengetahi siapa si dia..Moga pesananku sampai kepadanya..Walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana dirinya..Moga dirinya seorang yang mengagungiMU..
Memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu WARDHATUL SYAUQAH yang terjaga oleh pemiliknnya..Simpan dan ingatilah pesananku sehingga engkau menemuiku suatu hari nanti..

"rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurrata a'yun waja'alna lil muttaqi na imama"..

insya allah.. :-)

Wallahualam..

Tuesday, February 9, 2010

Tabahkan hatiku Ya Allah..

mungkin usaha tidak setimpal dengan apa yang iqa impikan.. T_T ..Tabahkan hati iqa Ya Allah..insya Allah, tidak akan wujud kata 'PUTUS ASA' dalam diri iqa.. tidak !!

Saturday, February 6, 2010

CERPEN : JIHADKU..LAMARAN DARI BUMI PALESTINE..

Salam alaik..
iqa nak kongsi email yang iqa dapat daripada sahabat iqa, kak ayuni ... thanks kakak.. iqa kongsikan dengan rakan2 ya.. sebab iqa rasa jalan ceritanya menarik..ada input yang tersurat disebalik cerita ni..
JIHADKU..LAMARAN DARI BUMI PALESTINE..
Dalam kedinginan air cond di bilik kuliah ini, tiba-tiba bebola mataku tertarik kepada seorang gadis yang bertudung litup, berpakaian jubah, dan berwajah kearaban. Hatiku tertanya-tanya. "Dari mana pulak minah arab ni?". Aku perhatikan gadis arab yang duduk di sudut dewan kuliah itu hanya keseorangan dan membaca sambil menunggu pensyarah masuk. Sedang aku memasang langkah untuk mendekati gadis itu dan berbual-bual dengannya, tiba-tiba pensyarah sudah ada di hadapan. Pada kuliah itu pensyarah sejarah pemikiran ekonomi, Profesor Ikhwan telah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan untuk diberikan tugasan dalam kumpulan. Alangkah gembiranya hatiku apabila mendapat tahu bahawa gadis arab itu satu kumpulan denganku. Selepas kuliah kumpulan kami mengadakan sedikit perjumpaan. Pada masa itu aku berkesempatan mengenali gadis arab itu dengan lebih dekat lagi. "." Aku memulakan bicara.. "waalaikumsalam warahmatullah. " Jawab gadis arab itu sambil tersenyum manis. "Kamu boleh cakap melayu tak?." Tanyaku dalam nada yang kurang yakin. "Saya sudah lima tahun di sini dan boleh berbahasa Melayu." Jawab gadis dengan Bahasa Melayu yang lancar.
Kagum sungguh aku dengan kebolehan berbahasa Melayu gadis arab ini. "Oh ya, nama saya Afanizam." "Nama saya Siti Hawa dari palestin." Rupa-rupanya gadis arab ini berasal dari palestin. Sebuah negara yang menjadi perhatianku kerana kerakusan penceroboh dari bangsa yahudi. Ini buatkan aku ingin bertanya lagi. "Kat sana tiada universiti ke?" "Ada, tapi sudah musnah oleh keganasan Israel." Jawab Siti Hawa dalam nada yang sedih. "Negara kamu sekarang tengah bergolak, apa peluang perkerjaan kamu di sana selepas habis belajar?" "Memang kami tidak ada peluang tetapi sekurang-kurangnya kami telah melaksanakan tuntutan islam supaya mencari ilmu, kan menuntut ilmu tu satu ibadah, betul tak?" "Betul. Betul." Jawabku sambil tersenyum. "Sebenarnya saya sungguh simpati dengan nasib saudara-saudara kita di sana, dan saya menyokong apa jua gerakan untuk membebaskan bumi Palestin dari pencerobohan Israel.
" "Terima kasih, saya begitu hargai sokongan kamu dan masyarakat disini. Sebenarnya kami bukanlah pengganas seperti yang didakwa, malahan kami dahulu yang telah diganasi oleh israel." "Keluarga kamu macam mana?" Tanyaku lagi. "Kedua-dua ibu bapa saya telah terkorban dalam satu serangan tentera Israel." "Oh, saya minta maaflah. Semoga kamu bersabar." "Tak apa, saya redha dengan apa yang terjadi, eh sabtu depan kampus ada majlis keamanan sejagat untuk palestin, kamu datanglah sebagai tanda sokongan kepada perjuangan kami." "Insya-Allah. " Jawabku dengan ringkas. "Oklah, saya minta diri dulu kerana ada kelas." Pinta Siti Hawa. "Oklah jumpa lagi, jaga diri baik-baik."
"Terima kasih." Balas Siti Hawa sambil mempamerkan senyuman yang manis. Sejak pertemuan itu aku amat tertarik dengan perwatakan Siti Hawa, aku lihat dia seorang gadis yang lemah lembut tetapi cekal dan mempunyai semangat perjuangan yang tinggi. Pada majlis keamanan sejagat untuk Palestin kelihatan begitu ramai sekali mahasiswa yang datang, menunjukkan bahawa perjuangan rakyat Palestin mendapat perhatian dari mahasiswa pelbagai lapisan agama dan kaum. Dalam lautan mahasiswa itu, bebola mataku tercari-cari seorang yang bernama Siti Hawa, namun dalam lautan manusia begini memang susah untuk mencari seseorang. Tepat pukul 9.00 malam majlis pun bermula. Ketika itu aku dapat rasakan kedinginan air cond dewan besar ini telah dihangatkan dengan ucapan-ucapan berapi yang penuh semangat dari dua orang panelis yang mengecam keganasan Israel terhadap penduduk Palestin. Dalam fikiranku, kalaulah kabinet Ariel Sharon bapak pengganas tu tahu tentang majlis ni, sudah tentu F/A18 Hornet dihantar untuk membedil dewan besar ini. Bila tiba panelis ke-3 aku agak terkejut.
Rupa-rupanya Siti Hawa adalah salah seorang panelis yang mewakili rakyat palestin dalam majlis itu. Aku lihat gadis palestin ini berucap dengan begitu bersemangat dan telah memukau ribuan mahasiswa dalam dewan besar ini. Segala pengalaman di bumi Palestin diceritakan dengan begitu menyayat sekali sehinggakan ada mahasiswi yang menangis. Dan itulah kali pertama aku melihat air mata Siti Hawa. Air mata jernih yang memancarkan seribu penderitaan umat islam Palestin. Pagi jumaat ini aku hanya ada satu kuliah sahaja. Habis sahaja kuliah aku terus keluar untuk bersarapan. Dalam perjalananku ke Restoran Maulana untuk bersarapan tiba-tiba ada satu suara memberi salam. "." ". Eh ustaz, minum ustaz." "Ana baru minum tadi. Ni ana dapat maklumat ada 'kenduri' lepas jumaat ni kat Masjid Ar Rahman." "Kenduri? kenduri apa tu ustaz?" "Untuk membantah keganasan Rejim Israel. kalau tak ada apa anta datang la." "Insya-Allah ustaz." Dengan membawa kain serban aku menuju ke Masjid Ar Rahman untuk bersolat jumaat di sana.
Tengah hari itu kelihatan jemaah begitu ramai sekali yang terdiri daripada mahasiswa di sekitar Lembah Klang sehingga ada yang terpaksa membuat saf jemaah di luar. Sebaik sahaja solat selesai para pimpinan mahasiswa memberikan ucapan yang berapi-api membidas kekejaman Israel yang disambut dengan laungan takbir dan kecaman terhadap Rejim Zionis. kami bersiap untuk berarak dari masjid secara aman dengan membawa pelbagai kain rentang. antaranya tertulis, "Hidup islam hancur Israel!" Akupun mula menutup mukaku dengan kain serban seperti pejuang Hamas dan memakai winbreaker untuk menghadapi kemungkinan ditimpa `hujan asid'. belumpun kami melangkah, telah kedengaran bunyi dari hailer. "Dalam masa 5 minit kamu semua diminta bersurai!" "Perhimpunan ini adalah tidak sah mengikut akta polis." "Sila beri kerjasama. Sila beri kerjasama."
"Saya ulangi bersurai sebelum pihak kami mengambil tindakan." Di depan kami FRU telah bersiap sedia dengan belantan dan perisai. Yang amat menggerunkan sekali, sebuah lori water canon dengan muncung meriamnya dihalakan ke arah kami bersedia untuk menurunkan `hujan asid' pada bila-bila masa. dalam keadaan yang agak gawat ini, pimpinan mahasiswa meminta kami semua bertenang sementara mereka berbincang dengan pegawai polis untuk mendapat kebenaran berhimpun. Selepas beberapa minit berbincang kami tetap tidak dibenarkan untuk meneruskan perhimpunan dan nampaknya kami terpaksa mengakhiri perhimpunan dengan bacaan doa untuk kesejahteraan umat islam di seluruh dunia. Tetapi belum sempat bacaan doa dihabiskan kedengaran bunyi loceng diikuti semburan air dari lori water canon. Keadaan menjadi semakin gawat. Ada yang cabut lari menyelamatkan diri dan ada yang bertahan situ.
Laungan takbir bergema dalam suasana yang gawat itu "Allahu akbar!" "Allahu akbar!" "Allahu akbar!" Barisan FRU mula mengejar dan membelasah sesiapa sahaja yang ada di depan mata mereka. Sekalipun orang itu tidak tahu-menahu tentang demonstrasi itu. Mataku begitu pedih kerana ditimpa oleh `hujan asid'. Dalam kesamaran, mataku terpandang seorang muslimat yang telah diperlakukan dengan begitu kasar oleh anggota FRU hingga tudungnya hampir tertanggal. Aku begitu marah dan dengan nekad terus menghayunkan topi keledar ke arah anggota FRU tersebut sehingga anggota FRU tersebut tersungkur. Aku membawa muslimat itu lari ke tempat yang selamat. Bila keadaan reda baru aku perasan, rupa-rupanya muslimat yang aku selamatkan itu adalah Siti Hawa. "Eh, kamu ke Siti Hawa?" Aku bersuara dengan termengah-mengah. "Masya-Allah, kamu rupanya yang selamatkan saya." Siti Hawa juga terkejut.
Tiba-tiba aku lihat Siti Hawa menangis lalu aku bertanya. "Kenapa kamu menangis?" "Saya menangis bukan kerana sakit dikasari oleh mereka, tapi saya sungguh sedih kerana sebuah negara yang didakwa sebagai negara islam sanggup mengasari orang yang berhimpun untuk membantah kekejaman Rejim Zionis." terkedu bila aku dengar kekesalan yang diluahkan oleh Siti Hawa itu. Itu belum lagi aku ceritakan tentang pasukan kriket Israel yang ditatang, rakyat yang membantah pula diterajang pada tahun 1995.
Persahabatan aku dengan Siti Hawa telah hampir 2 tahun dan ini adalah hari terakhir aku dapat bertemu dengannya. Hari ini aku bertekad untuk meluahkan isi hatiku kepada Siti Hawa yang telahku pendamkan selama hampir dua tahun. "Apa rancangan kamu selepas ini?" "Insya-Allah selepas ini saya akan balik ke negara saya, Saya telah dilamar di sana dan saya telah menerima lamaran itu." Aku hanya tersenyum mendengar katanya itu tetapi dalam hatiku amat kecewa kerana gadis Palestin ini telah dilamar orang. Sayang sedalam-dalam sayang, bunga yang ku puja akan disunting orang. Namun begitu, aku redhakan hati ini dan berdoa semoga dia bahagia. Pada keesokan harinya aku mengiringinya ke lapangan terbang. "selamat tinggal wahai sahabatku, hulurkanlah doa untuk perjuangan kami di sana, saya akan tetap merindui kamu."
Itulah kata-kata terakhir yang keluar dalam mulut Siti Hawa sebelum dia berlepas. Hari itu juga ku lihat lambaian terakhir darinya dengan wajahnya yang begitu berseri-seri dan bercahaya sekali. Mungkin itulah gambaran kegembiraannya yang akan pulang ke tanah airnya dan akan berumah tangga dengan pemuda yang dikasihinya. Sudah sebulan berlalu, aku menjadi pegawai tadbir di sebuah jabatan kerajaan. Namun begitu, aku tetap merindui Siti Hawa. Semasa perkenalan dengannya dahulu dia ada memberi nombor telefon bimbitnya kepadaku tetapi aku rasa tidak manis kalau aku ganggu gadis yang akan menjadi isteri orang. Hari ini cuti hujung minggu, namun aku tetap bangun awal pagi. Mungkin kerana kebiasaan aku sejak menuntut di universiti lagi. Pagi itu aku tidak bercadang untuk kemana-mana, aku hanya berehat di rumah sahaja. Selepas sarapan aku membaca surat khabar. Aku terus membuka halaman berita antarabangsa kerana bagiku berita-berita dalam negeri adalah tidak adil dan tidak beretika. Tiba-tiba jantungku seperti hendak gugur apabila terbaca satu tajuk berita yang berbunyi, "Seorang lagi serikandi Palestin yang bernama Siti Hawa telah melakukan operasi syahid di pos kawalan tentera Israel dengan meletupkan diri sendiri." Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku baca.
Rupa-rupanya maksud lamaran oleh Siti Hawa dulu adalah lamaran untuk berjihad dan mencapai syahid. Dalam masa yang sama isyarat SMS dari telefon bimbitku berbunyi. Bila aku buka, rupa-rupanya ianya adalah SMS dari Siti Hawa yang tertulis, "sebenarnya saya juga mencintai kamu, tetapi saya lebih mencintai Allah dan rasulNya." Dengan tak semena-mena air mataku mengalir. Aku yang selama ini tidak pernah menangis kerana mempertahankan keegoanku kini menangis tanpa mempedulikan alam sekeliling ku. Selepas solat aku menyedekahkan bacaan Surah Yassin kepada arwah dan berdoa semoga arwah diberikan syahid yang tertinggi oleh Allah..
Salam perjuangan.. :-)
Wallahualam..

Rehlah Di Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka

Salam alaik..

apa khabar sahabat- sahabat sekalian? alhamdulillah, iqa tinggal lagi 2 paper untuk mid-semester exam ni..hari ni iqa pergi rehlah tau..seronok sgt!! tp ada satu aktiviti yang kelakar tp sweet sgt..sbb ia menjadi satu kenangan untuk iqa..nak tau apa dia? makan keropok..hehe..caranya unik..unik? hanya yang pergi rehlah ni je la yang tau.. :-)

Ok lah, rasanya sampai sini je dahulu..iqa perlu selesaikan tugasan sebab, esok pun ada program lagi..program yang iqa dan rakan2 tunggu sangat.. Program apa? hmm.."HATIKU MILIKMU"..
program ni bakal berlangsung, insya allah esok..Kalau ada masa nanti, iqa akan post pasal program ni pula..buat ummi, ayah dan adik, doakan iqa ya..untuk sahabat2 tersayang, jaga diri n jaga iman..Untuk rakan BADAR UTeM, (zaleha, husna, aqilah, kak che'ah, saidah , shahira, hidayah, kak yaa, kak aina..n ramai lagi, iqa x larat nak tulis semua..:-) ), kita jumpa esok ya..
ilalliqa wa ma'assalamah..
salam.. :-)