Thursday, June 24, 2010

~ IMPIANKU TERCAPAI..AT LAST, IT'S MINE ! ALHAMDULILLAH.. SYUKUR YA ALLAH.. T_T ~


24/6/2010

Jam menunjukkan waktu tepat pukul 12.00 tengahari.. Allahuakhbar .... semakin seram sejuk iqa dibuatnya.. Ini bermakna, dalam masa 30 minit lagi, driving teacher iqa akan sampai.. kenapa iqa takut ? hmm.. hari ni, iqa akan menduduki test JPJ.. takut dan berdebarnya perasaan iqa hanya Allah yang tahu...

Alhamdulillah, tepat pukul 12.30 tengahari, iqa dibawa terus ke academy. Sepanjang peralanan, hanya tasbih, tahmid dan takbir yang tersirat di hati... Rasa nak demam pun ada.. hehe.. macam -macam.. Setibanya di academy, iqa pun duduk di ruangan menunggu.. kami di berikan taklimat ringkas tentang situasi yang bakal kami tempuhi.

kami diminta utuk beratur untuk mendapatkan angka giliran. iqa dapat no berapa? no . 3 ! Allahuakhbar... makin seram sejuk di buatnya.. hanya selawat yg iqa mampu lakukan untuk tenangkan hati.. Sedang menunggu giliran, dapat text message dari ummi dan ayah :-

ayah : yakin dengan diri sendiri ! =)

ummi : Good luck. Hati 2 ya.. Self confidence ... =)

iqa membalas message ummi dan ayah " insya allah ummi, ayah.. doakan iqa ya.. =) "

AKHIRNYA ! nama iqa di panggil ! Ya Allah.... takut nak tinjau ... Dalam hati, iqa berdoa, Ya Allah.. permudahkanlah urusanku.. harap2 dapat kancil, tak nak viva... rintih hatiku... Alhamdulillah, doaku termakbul .. Terima kasih Ya Allah...

iqa segera menuju ke kereta, pegawai JPJ sudah menunggu .. Allahuakhbar, semakin menggigil iqa dibuatnya... " Assalamualaikum Encik.. " , kata iqa. dan pegawai tersebut membalas salamku.. Teringat my teacher kata, syafiqah, ingat lima step sebelum mulakan perjalanan ya ! apa dia?

1. melaraskan tempat duduk
2. membetulkan cermin sisi dan cermin pandang belakang
3. memakai tali pinggang keledar
4. memastikan gear dalam keadaan bebas sebelum menghidupkan enjin
5. menguji keadaan pencuci cermin dan lampu isyarat

dan iqa pun melakukan kelima-lima peringkat tersebut. setelah selesai, iqa menggerakkan kenderaan. Tiba, di simpang keluar dari academy, pegawai tersebut berkata, "dik, laluan 3 ".
iqa menggangguk tanda faham. signal ke kiri iqa nyalakan, untuk ke laluan yang ingin di tuju.

Semasa perjalanan, iqa seringkali mengintai ke cermin sisi, dalam hati iqa berdoa, Ya Allah, janganlah sampai iqa terlanggar line lagi.. takutnya ! hanya tasbih , tahmid dan takbir yang mampu iqa lakukan untuk menenangkan hati. Rupa-rupanya, dalam masa iqa cuba mengawal kegelisahan yang melanda diri, pegawai tersebut sudah pun tahu yang iqa sedang takut ! hehe... malunya .. #BLUSHING#

Kata pegawai tersebut, " adik , tarik nafas dalam2. baca doa penerang hati. selawat banyak2. jangan takut . adik kena yakin yang adik boleh buat , macam orang lain . " iqa menarik nafas dan membalas, " insya allah.. ". laluan tiga sudah pun iqa tempuhi. semasa dalam perjalanan pulang ke academy, pegawai tersebut bertanya, " adik, takut lagi? " iqa hanya tersenyum dan menggangguk.. hehe.. bila dikenang semula, kelakar pun ada, sbb iqa terlalu takut. selagi tak sampai academy, selagi tu lah , iqa masih belum dapat hilangkan perasaan itu.

Academy, mula ternampak di ruangan mata. kenderaan ku pandu ke dalam, untuk memakirkan kereta di tempat yang ku ambil kenderaan tersebut. Kluc ku tekan dan seterusnya brek. alhamdulilah.. iqa dah sampai. keputusannya ada di tangan pegawai tersebut ..." Ya Allah.. permudahkan iqa.. iqa dah lakukan sebaik mungkin, apa yang iqa mampu.. semoga iqa lulus ujian ini Ya Allah.." detik hati kecilku..

File dan pen diberikan kepadaku, dan iqa melihat keputusan yang tercatat dalam kertas tersebut.. ALLAHUAKHBAR ! jeritku dalam hati.. Syukur Ya Allah ... ALHAMDULILLAH... IQA LULUS ! senyum iqa.. " Terima kasih Encik" , kata iqa kepada pegawai tersebut. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa girangnya rasa hati..... SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKHBAR.. .

Akhirnya... saat yang iqa tunggu, tiba jua... impian ku menjadi kenyataan ! Alhamdulillah.. kata driving teacher iqa, seminggu lagi lesen siap. nanti kakak call awak ya . Sujud syukur ku lakukan .. Terima Kasih Ya Allah...

AT LAST, IT'S MINE ! :-)

" Hanya kerana agamanya.. Hanya kerana alunan ayat suci Al-Quraan.. Subhanallah.. "

Monday, June 7, 2010

~ Dirinya Sahabatku Fillah..Peliharalah Ukhwah Yang Telah Terjalin keranaMU Ya ALLAH... ~


Suatu masa dahulu, pernah saya terbaca satu ungkapan.. Pada saya, ungkapan itu sangat bermakna..


" Tidak semua KAWAN adalah TEMAN..dan..tidak semua teman adalah SAHABAT.. "


tetapi, saya tidak pernah menghayati ungkapan ini secara mendalam..kerana, pada pandangan saya, andai kita sudah menghulurkan salam perkenalan, salam persahabatan kepada seseorang, kita perlu menghargai perhubungan tersebut..

" KARAMAHNYA UKHWAH BERSULAMKAN CINTA KERANA ALLAH.. "


Mengenalinya adalah antara detik terindah dalam hidupku.. Subhanallah..Syukur padaMU Ya ALLAH, kerana menganugerahkan dirinya sebagai sahabatku.. Ukhwah antara saya dan dirinya sangat akrab.. Saya mula menghulurkan salam persahabatan kepada sahabat muslimat tersebut pada awal tahun 2004. Setelah hampir 5 bulan bersahabat dengannya, saya semakin menyayanginya.. DAN.. terdetik di hati kecil saya.. " DIA SAHABAT BAIK SAYA "

Lumrah kehidupan, apabila hubungan persahabatan antara saya dan muslimat tersebut semakin akrab.. Ukhwah yang telah terbina diantara kami diuji oleh ALLAH.. Sebagai tanda kasih sayang dariNYA..


" ALLAH itu tidak akan menguji seseorang hamba melebihi kemampuan hambanya "


Rupa-rupanya, ada yang mencemburui keakraban kami.. setelah diselidiki, sedikit salah faham telah berlaku. Alhamdulillah.. akhirnya, ukhwah kami kembali terjalin..

Semakin hari, kami semakin rapat.. kami sentiasa bersama.. ke mana sahaja.. kelas, rehat, beriadah, bertugas ( kami di taklifkan sebagai pengawas pusat sumber sekolah, PSS ) .. Kebiasaannya, setiap hujung minggu, saya akan menghubunginya atau dia akan menghubungi saya.. keluarga kami juga sedia maklum dengan persahabatan kami.. bila dikenang kembali, kadang kala, air mata ini tidak dapat saya takung..sungguh, saya menyayangi dirinya sebagai sahabat saya.. sehinggakan, guru- guru disekolah mengatakan kami seperti adik beradik.. lagi pula, paras rupa wajah kami lebih kurang.. ( itu kata guru-guru kami) .. hehe.. indahnya kenangan dulu..=)

Semasa di tingkatan tiga, sekali lagi kami berpeluang untuk belajar di kelas yang sama..Seperti biasa, kami sentiasa bersama..sehinggakan, pernah suatu masa dahulu, saya tidak hadir ke sekolah kerana demam, ada sahabat yang bertanya kepadanya.." Mana Syafiqah? , dia tidak hadir ke ? " kerana, kebiasaanya awak dengan dia kan sentiasa bersama-sama.." Pada pertengahan tahun 2005, dia memberitahu saya yang dia akan menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya..Saya tumpang gembira dengan berita yang disampaikan olehnya.. harapan saya semoga dia dan keluarganya selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air..insya allah.. Sepanjang satu minggu ketiadaannya, saya merasa sunyi sekali..walaupun ada sahabat-sahabat lain bersama saya, ketiadaannya sangat saya rasai.. Mungkin kerana saya terlalu rapat dengannya.. Setelah genap seminggu pemergiannya ke tanah suci, akhirnya dia kembali memulakan persekolahan kembali.. Pengalamannya berada di sana dikongsi bersama saya dan rakan- rakan..

Pada bulan 10, tahun 2005 kami dan sahabat-sahabat menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.. Jika saya tidak tersilap, peperiksaan ini berlangsung selama satu minggu.. alhamdulillah..setelah selesai menduduki peperiksaan, akhirnya, perkara yang kami tunggu akhirnya tiba .. yea !! apa dia ? semestinya cuti sekolah ! hehe.. Pelbagai perkara yang kami bincangkan, antaranya , kami dapat menonton television lagi !

Cuti sekolah sangat seronok.. bila di kenang kembali , tergelak sendiri.. hehe.. zaman kanak-kanak ribena..kenapa saya kata seronok? sebab kebiasaannya, pada musim cuti sekolah semestinya movie Barbie akan ditayangkan .. love it ! sebab warna yang digunakan dalam cerita ini kebanyakannya berwarna pink! hehe.. Ok lah, abaikan tentang barbie's movie dan pink.. hehe..

22/12/2005 - hari keputusan PMR diumumkan.. hmm..hanya ALLAH sahaja yang tahu..bertapa berdebarnya saya dan rakan-rakan menunggu keputusan dikeluarkan..dan akhirnya, saat yang kami nanti telah tiba.. saya dan sahabat beratur di barisan kelas kami.. kalau tak silap saya ada 8 kaunter mewakili 8 kelas.. berdebarnya.. setelah mengambil keputusan dari tangan guru kelas, saya tidak berani untuk melihatnya.. saya menunggu sahabat baik saya yang sedang beratur.. setelah mengambil kepututsannya, dia datang kepada saya.. katanya, " Syafiqah, macam mana result? " saya membalas " entah.. tak tgk lagi . tak berani la..." sahabat saya berkata " ok, jom kita tgk sama-sama ya ! 1, 2, 3 ... akhirnya kami sama-sama ketawa.. keputusan kami sama ! hehe..cuma kelainan pada dua subjek sahaja, gred kami bertukar.. hehe.. alhamdulillah.. Syukur padamu Ya Allah..

Tahun 2005 telah melabuhkan tirainya.. Selamat datang kepada tahun 2006.. bermulanya tahun 2006, ini bermakna, kami bukan lagi pelajar menengah rendah... hehe.. dah naik pangkat jadi pelajar menengah atas.. ayat mudahnya, kami telah menjadi pelajar senior. Pada hari pertama sesi persekolahan tahun 2006, saya dan sahabat-sahabat berdebar menunggu nama kami diumumkan untuk mengetahui kemanakah arah tuju kami selepas ini? aliran apa yg bakal kami ambil? alhamdulillah, saya dan sahabat ditawarkan ke aliran sains tulen..dan, yang paling menggembirakan, kami sekali lagi berada di kelas yang sama.. seronoknya !!

Jadual harian saya semakin padat.. Sekolah, kokurikulum, duty as a school librian, tusyen..memang penat ..tetap semua tu menjadi pengalaman yang indah buat saya..hubungan kami semakin akrab.. segalanya akan kami lakukan bersama... setiap kali raya , pagi raya lepas sebelum bertolak balik melaka , mesti akan singgah di rumahnya dahulu... =) Tanpa ku duga, pada awal 2007 saya meneruskan tahun akhir, (tingkatan 5 ) di sekolah lain.. memang sedih .. pelbagai persoalan timbul di fikiran saya.. dapat ke iqa sesuaikan diri di sana ? kawan-kawan kat sana ok ke ? macam mana dengan eneez ? hmm..tapi, alhamdulillah, saya dapat mentesuaikan diri. malah, keputusan peperiksaan saya semakin meningkat ! =)

Dan akhirnya.. Masa yang kami nantikan telah tiba.. apa ya ? apa lagi kalau bukan PEPERIKSAAN SPM.. hampir tiga minggu kami bertarung untuk menjawab soalan peperiksaan.. masih segar di ingatan saya, subjek terakhir untuk peperiksaan yang bakal saya duduki ialah subjek Biologi.. =) Selesai, tamat menduduki peperiksaan , kira-kira seminggu , saya terjumpa artikel tentang program untuk lepasan SPM.. " English For Academic Purposes" , yang di jalankan di KLIUC, Bangi. Program ini mengambil masa selama tiga minggu.. Setelah berbincang, ayah tertarik untuk menghantar saya mengikuti program ini. Dan berita ini saya khabarkan kepada sahabat karib saya .. siapa lagi ? hehe.. Eneez juga bersetuju untuk mengikuti program ini..

14/1/2008 - 31/1/ 2008 , kami telah mengikuti program ini.. pelbagai pengalaman yang dapat kami tiba. pada minggu akhir program ini, kami telah menduduki peperiksaan dan juga telah bergraduasi.. Seronok ! hehe.. Eneez memaklumkan pada saya yang dia ingin berkerja selama kami menunggu keputusan SPM dan tawaran ke matrikulasi atau IPTA. saya ? wah !! bestnya.. saya ? hehe.. saya kerja juga. tapi tidak memerlukan saya keluar dari rumah.. kerja apa? ha ! saya jadi guru tusyen adik .. hehe.. sebab pada tahun tersebut adik bakal menduduki peperiksaan UPSR..

Pejam celik, akhirnya keputusan SPM diumumkan ! memang berdebar- debar saya pada hari tersebut. Dengan hati yang tenang saya ke sekolah bersama ummi untuk mengambil keputusan. menggigil saya pada saat itu. rasa nak pitam pun ada . kelakarkan ? sebab terlalu takut agaknya.. akhirnya, giliran untuk saya ! Mengalir air mata saya apabila melihat keputusan peperiksaan saya .. kerana usaha saya membuahkan hasil ! penat lelah akhirnya terbayar .. alhamdulillah.. berlari saya mendapatkan ummi yang sedang menunggu saya .. tanpa saya sangka, ayah dan adik juga datang ke sekolah .. hehe.. Terima Kasih Ya Allah.... =)

Pada akhir bulan April 2008. keputusan penambilan ke program matrikulasi telah diumumkan . Alhamdulillah, saya telah ditawarkan ke Kolej Matrikulasi Kedah, dan Eneez ke Kolej Mtrikulasi Melaka. Pada masa itu memang saya agak terkejut kerana, dalam pilihan saya saya hanya memilih KMM, KMNS dan KMJ , macam mana lah boleh dapat KMK ni ? tapi, tak mengapalah .. saya bersyukur kerana ditawarkan ke program matrikulasi. kerana memang itu impian saya , meneruskan pengajian ke matrikulasi setelah tamat SPM. Setelah tamat matrikulasi selama setahun, saya ditawarkan ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Bagaimana dengan Eneez ? Dia memang beruntung ! kerana tempat pengajiannya sangat berdekatan dengan rumahnya ? mana lagi ? UiTM Shah Alam.. kata eneez " dulu iqa nak sangat kan study kat melaka , nak masuk KMM tapi dapat KMK, kan sekarang dah dapat !" hehe...

Cukuplah.. Hanya ini sahaja coretan saya.. Hanya untuk sahabat karib yang saya sayangi, Eneez Suhaira Binti Mohd Suhaimi.. Semoga ukhwah antara kami berkekalan hingga ke akhirnya.. Syukur padaMu Ya Allah kerana menganugerahkan sahabat sepertinya.. sahabat yang memahami dan menerima diriku seadanya.. Ukwah Fillah Abadan Abada sahabatku .. =)

" Barangsiapa yang menjalinkan persahabatan kerana ALLAH, menyatakan persahabatan kerana ALLAH dan meninggalkan sesuatu kerana ALLAH, maka ia telah melengkapkan imanya, yakni menjadi orang mukmin yang sempurna"

" Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyuk, tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan sia-sia, tiada kebaikan bagi pembaca Al-Quraan tanpa mengambil pelajaran daripadanya, tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa sifat warak dan TIADA KEBAIKAN MEMPUNYAI SAHABAT TANPA SALING MENYAYANGI.. "

wallahu'alam...

Thursday, May 20, 2010

~ BANGUNAN MASJID AL-AQSA YANG SEBENAR ~

Al-Masjid al-Aqsa adalah merupakan masjid ketiga tersuci di dalam agama Islam. Ianya juga merupakan tempat di mana Allah memperjalankan nabi Muhammad SAW pada waktu malam semasa peristiwa Isra’ dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di al-Quds. Lokasinya terletak di kawasan yang diberkati dan suci. Keberkatan kawasan tersebut bukan sahaja dapat dinikmati daripada aspek spiritualnya sahaja, tetapi daripada aspek material pun dapat dirasai, seperti kesuburan tanah yang menghasilkan produk perladangan terbaik, cuaca yang nyaman dan seumpamanya. Ramai nabi menjadikan bumi ini sebagai tempat tinggal di dalam misi dakwah mereka. Masjid ini juga pernah menjadi qiblat pertama bagi umat Islam.

Suatu masa dahulu, umat Islam bebas untuk keluar masuk di dalam al-Aqsa. Ramai yang memulakan pergerakan menunaikan haji dari masjid ini. Apatah lagi terdapat galakan langsung daripada nabi Muhammad untuk menziarahinya. Bersabda nabi Muhammad SAW di dalam sepotong hadith:
وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام، والمسجد الأقصى، ومسجدي متفق عليه، واللفظ للبخاري


Daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A. Rasulullah SAW dilaporkan berkata: Janganlah bersungguh-sungguh/bersusah-payah pergi berjalan melainkan ke tiga masjid, al-Masjid al-Haram (Makkah), al-Masjid al-Aqsa (Al-Quds) dan Masjidku (Masjid Nabi di Madinah) - Muttafaqun alaihi dengan lafaz daripada Bukhari.

Sehinggalah penjajahan Zionist ke atas Palestin, al-Masjid al-Aqsa kini sunyi daripada pengunjung Muslim bukan Arab. Sekatan serta fatwa pengharaman menziarahinya oleh Mufti Palestin yang turut disokong ramai ulamak kerana perlu membayar wang yang banyak kepada penjajah Zionist, menyebabkan hanya sedikit daripada kita yang mengenali bangunan al-Aqsa yang sebenarnya.
Di dalam bersemangat mempertahankan al-Aqsa, ada antara umat Islam yang cuba untuk memperkenalkan bangunan al-Aqsa.



Gambar yang kerap disebarkan untuk menunjukkan al-Aqsa yang sebenar

Dalam artikel ini, saya akan cuba berkongsi maklumat yang sebenar mengenai bangunan al-Masjid al-Aqsa seperti yang dikenali penduduk Palestin. Saya perlu memberikan kredit kepada pensyarah Universiti al-Najah, Dr Haithem F. al-Ratrout yang telah melakukan kajian perkembangan senibina al-Aqsa di dalam kajian PhD semasa menuntut di Al-Maktoum Institute.

Saya telah mendapat keizinan beliau untuk menyebarkan maklumat kajiannya, kerana menurut beliau ini merupakan tanggungjawab Muslim bagi memperkenalkan bangunan al-Aqsa yang sebenarnya. Anda boleh membeli buku beliau daripada laman ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci.

PEMBINA AL-AQSA YANG SEBENARNYA

Untuk mengetahui al-Aqsa, kita terlebih dahulu perlu mengetahui siapakah pembinanya. Menurut ulamak, tidak ada satu nas yang amat sahih menyatakan secara jelas siapakah pembina al-Aqsa. Cuma terdapat sepotong hadith sahih menceritakan secara umum pembinaan al-Aqsa, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim:


حديث سليمان بن مهران الأعمش، عن إبراهيم بن يزيد التيمي، عن أبيه، عن أبي ذر قال: قلت: يا رسول الله أي مسجد وضع أول؟ قال: المسجد الحرام. قلت: ثم أي؟ قال: المسجد الأقصى. قلت: كم بينهما؟ قال: أربعون سنة

Hadith Sulaiman bin Mahran al-A’mash, daripada Ibrahim bin Yazid al-Tamimi, daripada bapanya Abu Zarr beliau berkata, aku bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah, masjid yang manakah dibina terlebih dahulu (dalam sejarah)?” Nabi menjawab, “al-Masjid al-Haram.” Aku bertanya lagi, “Selepas itu?” Jawab nabi, “al-Masjid al-Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak pembinaan antara keduanya?” Nabi menjawab, “40 tahun.”….

Berdasarkan hadith di atas, oleh kerana jarak pembinaan antara al-Masjid al-Haram dan al-Masjid al-Aqsa adalah dekat, iaitu 40 tahun, ditambah lagi dengan umur umat terdahulu yang amat panjang, maka ramai ulamak berpandangan pembina kedua-dua masjid ini adalah orang yang sama. Justeru, dalam usaha mencari siapakah pembina al-Aqsa, adalah perlu untuk kita mencari siapakah pembina al-Masjid al-Haram di Makkah.

Sebahagian kita berpandangan yang pembina al-Masjid al-Haram ialah Nabi Ibrahim. Ini berdasarkan kepada ayat al-Quran di dalam surah al-Baqarah ayat 127:

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَٰهِيمُ ٱلْقَوَاعِدَ مِنَ ٱلْبَيْتِ وَإِسْمَٰعِيلُ

Dan ketika Nabi Ibrahim dan Ismail mengangkat kembali tapak asas tapak rumah ibadah itu (Al-Masjid al-Haram).

Jumhur ulamak, walau bagaimanapun menyatakan yang ayat di atas hanyalah menunjukkan yang nabi Ibrahim membina kembali tapak al-Masjid al-Haram yang telah dibina oleh nabi sebelumnya. Dengan erti kata lain, nabi Ibrahim bukanlah orang pertama yang membina al-Haram. Sekiranya nabi Ibrahim bukan orang pertama membina al-Haram, maka baginda juga bukanlah orang pertama membina al-Aqsa.

Ketika mentafsirkan ayat di atas, Imam al-Tabari telah merekodkan beberapa riwayat mengenai pembina al-Masjid al-Haram yang sebenarnya. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Ato’ bin Abi Rabah dan Abdullah bin Amru yang menyatakan bahawa pembina Ka’bah yang pertama sebenarnya ialah nabi Adam.

Apabila nabi Adam diturunkan dari langit, baginda telah membina rumah ibadah pertama di muka bumi dengan arahan Allah SWT. Baginda tawaf di keliling Ka’bah tersebut, berdasarkan sempadannya yang telah ditetapkan. Ka’bah itulah merupakan asal bagi al-Masjid al-Haram. Kemudian berdasarkan hadith Abu Dzar tadi, baginda telah membina al-Aqsa 40 tahun selepasnya. Adapun nabi Ibrahim, baginda hanyalah membangunkan kembali asas binaan tersebut yang telah roboh berikutan banjir besar serta faktor cuaca yang lain.

Justeru, ramai ulamak yang menyatakan nabi Adam adalah pembina al-Aqsa kerana baginda juga membina Ka’bah.

Untuk mengetahui bangunan al-Aqsa, kita juga perlu untuk mengetahui konsep binaan masjid di dalam fiqh Islam. Secara ringkasnya, yang dinamakan masjid itu perlulah mempunyai empat elemen:

1. Lokasi.

2. Sempadan.

3. Qiblah.

4. Aktiviti, termasuklah ritual ibadah dan juga segala aspek kehidupan yang membawa kesejahteraan akhirat.

Gabungan lokasi dan sempadan, menurut ulamak, tidak membawa maksud yang masjid itu perlu berada di dalam satu bangunan. Masjid di zaman nabi Muhammad pun tidak mempunyai bangunan. Yang paling penting ialah, pembina masjid tersebut perlu menentukan lokasi dan sempadannya. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya kita memahami yang masjid itu perlu dibuat di dalam bangunan.

LOKASI AL-AQSA

Dalam peta politik moden, al-Aqsa terletak di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Pekan Lama atau Old City of Jerusalem, Tebing Barat (West Bank). Semasa zaman nabi, banyak istilah yang digunakan untuk merujuk kawasan ini, seperti Eiliya’, Sham, al-Ard al-Muqaddasah, al-Ard al-Mubarakah dan al-Quds. Old City of Jerusalem dikelilingi oleh pagar. Di dalamnya terletak kawasan petempatan lama. Ianya agak padat. Dahulu Muslim Arab merupakan majoriti, akan tetapi selepas penjajahan, orang Yahudi semakin ramai menguasai kawasan petempatan di dalam Old City of Jerusalem. Turut berada di dalam pagar Old City berkenaan, ialah Holy of Sepulchre, gereja utama agama Kristian. Al-Masjid al-Aqsa terletak di tenggara pagar Old City.



Pandangan udara Old City of Jerusalem dan al-Aqsa


BANGUNAN AL-AQSA YANG SEBENAR

Antara gambar terbaik untuk melihat pandangan udara al-Aqsa ialah seperti berikut.



Secara ringkas, al-Masjid al-Aqsa yang sebenar ialah meliputi semua monumen bangunan dan tanah lapang di sekitar pagar empat segi di atas. Hujjahnya ialah seperti berikut:

1. Nabi Muhammad diisra’ ke al-Aqsa. Kemudian dimikrajkan dari al-Aqsa juga. Semua bersetuju yang nabi dinaikkan ke langit daripada lokasi Dome of the Rock sekarang yang letaknya di bukit paling tinggi di dalam pagar di atas. Justeru tidaklah tepat sekiranya Dome of the Rock dikatakan bukan sebagai al-Aqsa.

2. Masjid tidak semestinya berada di dalam satu bangunan. Ianya boleh jadi di atas tanah lapang, atau dalam bangunan, atau gabungan tanah lapang dan bangunan, selagi mana ditentukan lokasi dan sempadannya.

3. Al-Aqsa mempunyai hubungan dan persamaan dengan Ka’bah. Tidak mustahil, kerana pembinanya adalah orang yang sama. Bahkan jika dibesarkan plan Ka’bah, kita akan dapati yang plannya adalah sama dengan pagar sempadan al-Aqsa. Dengan erti kata lain, sudut bukaan setiap hujung empat seginya adalah sama. Penjelasan lanjut boleh diperolehi daripada buku Dr Haithem yang sebenarnya merupakan thesis PhD beliau.

Memang benar Saidina Umar seakan marah dan tidak bersetuju dengan cadangan Ka’ab al-Ahbar mengenai lokasi di mana perlunya dibina bangunan masjid di dalam al-Aqsa. Ka’ab mencadangkan di lokasi Dome of the Rock sekarang. Umar tidak bersetuju kerana lokasi itu adalah lokasi paling suci dalam agama Yahudi, dan keduanya bangunan utama yang menempatkan Imam sembahyang, perlulah berada di tempat paling hampir dengan qiblat/Ka’bah.

Maka dibinalah bangunan masjid kecil di selatan sempadan pagar al-Aqsa yang betul-betul dibina oleh nabi Adam menghadap ke arah Ka’bah. Masjid asal yang dicadangkan saidina Umar itu dikenali penduduk tempatan sebagai Jami’ Qibli atau Jami’ al-Aqsa. Adapun sekiranya menyebut al-Masjid al-Aqsa, maka ianya merujuk kepada semua yang berada di dalam pagar sempadan al-Aqsa tadi, termasuklah Jami’ Qibli, Masjid Buraq, pelbagai masjid kecil di dalamnya, beberapa bilik perpustakaan, pejabat dan kelas pengajian, Dome of the Rock, Dome of Ascension, Dome of Chain, tanah lapang, dan lain-lain.

KESIMPULAN

1. Al-Aqsa ialah kawasan yang meliputi semua monumen, bangunan dan tanah lapang di dalam pagar al-Aqsa seperti gambar di atas. Ini termasuklah Dome of the Rock, yang merupakan sebahagian daripada al-Masjid al-Aqsa.

2. Umat Islam perlu menghentikan penyebaran maklumat salah yang kononnya Dome of the Rock bukan sebahagian daripada al-Aqsa. Sasaran Zionis sekarang ialah membina Haikal Sulaiman di atas tapak Dome of the Rock, yang dianggap sebagai The Holiest of Holy oleh orang Yahudi. Sekiranya kita membiarkan fokus kita daripada mempertahankan Dome of the Rock, maka mudahlah orang Yahudi merampas al-Aqsa.

3. Saya amat mencadangkan rakan-rakan pembaca untuk membeli buku Dr Haithem , serta membaca kajian lanjut mengenai pembinaan Ka’bah, pembinaan Jami’ Qibli, Dome of the Rock dan kubah-kubah lain, sejarah pemerintah yang menguasai dan memakmurkan al-Aqsa dan lain-lain.

wallahu'alam..

SUMBER : http://www.iluvislam.com/

Thursday, May 13, 2010

~ KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W ~


9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, ARAFAH


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan!!. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menggangap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula . Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan DIA pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba'. Oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.


Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu.maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah ALLAH, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketadaanku.


Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama - lamanya. Itulah AL-QURAAN dan SUNNAH ku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang yang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang terakhir menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya aku telah sampaikan risalahMU kepada hamba-hambamu.
wallahua'lam..
" Hanya Kerana Alunan Ayat Suci Al-Quraan..Subhanallah.. "

Thursday, April 22, 2010

.: Bidadari itu milik siapa? :.


Umar r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah SAW. Semenjak ia memeluk islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf di Kaabah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang warak, ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqarah selama 10 tahun, ia kemudian melapur kepada Rasulullah SAW, "wahai Rasulullah SAW apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al- Baqarah, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya". Rasulullah SAW menjawab, "sudah..."!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah SWT. kerana kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Quran yang diturunkan Allah SWT berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Quran lainnya.



Rasulullah SAW seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalanannya mikraj menghadap Allah SWT. Beliau SAW sering pula menceritakan bagaimana keadaan syurga yang dijanjikan Allah SWT kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah SAW dimi'rajkan menghadap Allah SWT malaikat Jibril AS memperlihatkan kepada Beliau SAW taman-taman syurga. Rasulullah SAW melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeza dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril AS, "wahai Jibril AS bidadari siapakah itu"?. Malaikat Jibril AS menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.".


Pernah suatu hari ia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeza dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bagian atas matanya berwarna merah, dan bagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. kerana sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".

sumber : www.muzakkirahkhair.blogspot.com/

~ KAMI MENDAMBAKAN KASIHMU..PIMPINLAH KAMI MENUJU SYURGAMU YA ALLAH... ~

“Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia."

Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).

Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.

Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.

Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.

Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman - bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.

Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu.

Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.

Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.

Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.

Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.

Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.

Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw “Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat.” Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka.


Wallahu'alam...


Sumber : www.iluvislam.com

Monday, April 19, 2010

~ TIPS UNTUK MENGHAFAL AL-QURAAN ~




1-BETULKAN NIAT - Ramai orang yang menghafaz al-Quran tidak menjaga niat mereka. Ada diantara kita yang menghafaz al-Quran semata-mata untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran. Perkara ini banyak berlaku dipusat pengajian tinggi yang menghafaz hanya sekadar untuk meluluskan diri dalam peperiksaan.Dari sudut peperiksann itu adalah normal dan amat baik tetapi dari sudut keagamaan ia bertentangan dengan konsep penghafazan al-Quran. Sebenarnya, kita mesti menjaga niat menghafaz al-Quran hanya untuk meraih keredhaan ALLAH, semoga ia mampu menolong kita untuk memasuki Jannah-Nya dan mendapat keampunan buat diri dan seluruh keluarga kita,amin.




2-ISTIQAMAH - Setiap ibadat itu, perlukan sifat istiqamah atau berterusan. Di dalam penghafazan al-Quran, istiqamah merupakan asas tunjang yang amat kuat. Tanpa istiqamah, PERCAYALAH, hafazan seseorang itu akan rosak dan hilang begitu sahaja. Para penghafaz sudah tentu tahu hukum menghafaz al-Quran kemudian diabaikan sehingga lupa. Sebagai contoh, istiqamah dalam muraja'ah atau mengulang sejuzuk sehari,insyaALLAH hafazan kita akan ingat berkekalan jika ISTIQAMAH.




3-BERAMAL - Beramal dengan setiap ayat yang dihafaz adalah salah satu syarat untuk menjadi penghafaz cemerlang. Setiap ayat mestilah difahami maknanya dan diteliti takwilnya agar kita mendapat kefahaman yang betul berlandaskan syariat. Sebahagian ayat al-Quran menyeru melakukan kebaikan dan sebahagian lagi menyeru meninggalkan kemungkaran. Oleh itu ,berpeganglah dengan apa sahaja yang diperintahkan al-Quran, mengikut kemampuan yang kita miliki. Kita akan dapati betapa manisnya nikmat menghafaz al-Quran jika kita tahu kelebihannya.




4-PERDENGARKAN BACAAN KEPADA TEMAN - Gunakan sedikit masa yang ada untuk memperdengarkan bacaan kepada teman (yang juga menghafaz al-Quran) kerana ini akan menjaga hafazan agar tidak mengalami kesilapan. Kita mungkin tidak sedar jika kita membaca dengan silap. Jika diteruskan kesilapan itu takut akan bertapak dengan kuat dihati kita.Ini akan mengundang masalah untuk membetulkannya.Tetapi jika selalu diperdengarkan kepada teman-teman insyaALLAH kesilapan akan dapat diperbaiki sebelum melekat di ingatan.




5-SETIA PADA SEBUAH AL-QURAN - Mungkin ini pelik bagi orang biasa, namun tidak pelik bagi penghafaz al-Quran.Tabiat suka menukar al-Quran masa ke semasa boleh menganggu hafazan kita. Ia akan memeningkan kita dari segi mengingati struktur ayat, kerana setiap al-Quran mempunyai pelbagai saiz. Ia juga mempunyai perbezaan dari segi waqaf dan sebagainya. Ini akan membuatkan kita ragu dengan hafazan sendiri. Seeloknya, kita mesti tetap berpegang kepada satu al-Quran sahaja sehingga hafazan kita benar-benar kukuh dan bersemadi di hati. Disamping kita menetapkan fokus struktur ayat, ia juga akan menjadi berkat.




6-ULANGI BACAAN SETIAP HARI - Bagi memantapkan hafazan, kita wajib mengulang hafazan lalu setiap hari, jangan sesekali menjalani hidup tanpa muraja'ah kerana ini akan melunturkan hafazan sedikit demi sedikit. Kata seorang ulama', sehari kita meninggalkan al-Quran seminggu dia akan meninggalkan kita, seminggu kita meninggalkannya sebulan dia akan meninggalkan kita pula, apatah lagi jika meninggalkan sebulan, maka setahun jadinya. Perkara ini sudah tentu dirasai penghafaz al-Quran. Jadikanlah ia sebagai pedoman agar kita tidak meninggalkan muraja'ah.




7-ULANGI BACAAN DLM SOLAT - Mengulang hafazan didalam solat seharian akan menguatkan ingatan kita terhadap ayat-ayat al-Quran yang telah dihafaz. Jangan biasakan diri membaca ayat-ayat lazim sahaja, biasakan diri membaca surah-surah yang telah dihafaz dalam solat. Ini akan mengukuhkan lagi ingatan hafazan kita, kerana waktu itu kita tidak memegang al-Quran ditangan,dan akan menjadi khusyuk di dalam bacaan dan berusaha untuk membacanya dengan baik supaya tidak merosakkan pahala solat kita. Ini adalah salah satu latihan buat huffazul Quran agar membiasakan diri mengulangi tanpa berpegang kepada kitab al-Quran kerana orang yang mengulang hafazan tanpa al-Quran ditangan lebih hebat dari yang mengulang dengan al-Quran ditangan. Sebagai panduan yang bukan sahaja untuk semua malah para hamlatal Quran lainnya. Sesungguhnya nikmat kemanisannya sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.