~ PENGERTIAN CINTA ? ~
Menurut En. Pahrol Mohd Juoi, cinta mempunyai beberapa erti yang praktikal di antaranya cinta itu beerti tanggungjawab, perbutan / tindakan, memberi dan lain-lain lagi. Jika kita menyatakan perasaan dan ungkapan cinta kepada seseorang, ini bermakna kita akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas orang yang kita tujukan ungkapan tersebut. Kita akan bertanggungjawab terhadap segala masalahnya yang dihadapinya termasuklah kewangan, pendidikan, kesihatan dan sebaginya lagi. Sebagai merialisasikan cinta itu, kita juga perlu bertindak melakukan sesuatu untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya tanpa kenal penat dan jemu. Kita sanggup memberikan segala tenaga, masa dan wang ringgit untuk orang yang kita cintai itu dengan bersungguh-sungguh.
Disebabkan itulah para suami / bapa sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu dan menyelesaikan masalah isteri dan anak-anaknya kerana suami / bapa itu mencintai dan menyayangi mereka sepenuh hatinya. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk membahagiakan orang yang dia cintai dan sayangi. Begitulah hebatnya cinta yang ditunjukkan oleh suami / bapa sebagai memenuhi amanah daripada Allah Taala kepadanya.
" Cinta akan datang jika cita-cita diutamakan, namun jika cinta diutamakan belum tentu cita-cita akan datang..... "
~ FITRAH MANUSIA KEPADA CINTA DAN BERPASANGAN ~
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan sesungguhnya Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan.
(Surah an-Najm: Ayat45).
Perasaan untuk berpasangan dan bercinta adalah fitrah yang telah dicampakkan oleh Allah Taala kepada hamba-hambaNya. Ini bermakna fitrah untuk dicinta dan mencintai adalah sesuatu yang suci lagi bersih.
Menurut En. Pahrol Mohd Juoi, jiwa manusia ini sememangnya memerlukan cinta kerana cinta diibaratkan seperti makanan kepada jasad. Jasad memerlukan makanan untuk memberikan kekuatan. Kekuatan inilah yang akan menggerakkan tubuh badan untuk menunaikan segala tugas dan tanggungjawab. Begitu jugalah diibaratkan keperluan cinta ke atas diri setiap manusia. Masing-masing memerlukan di antara satu sama lain.
Memandangkan cinta adalah suci lagi murni, janganlah kita kotorkan ia dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan kesucian cinta itu. Perbuatan ini akan membuatkan Allah Taala murka kepada kita. Segala batasan syarak mestilah dipatuhi agar fitrah yang suci itu tidak bertukar menjadi fitnah!
~ UNDANG -UNDANG ~
En. Pahrol Mohd Joui telah menggariskan beberapa peraturan dan batasan-batasan untuk bercinta. Di antaranya ialah:
1) Hendaklah cinta itu didasari dengan cinta Allah
- Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah
Taala. Allah memberikan fitrah itu kepada kita , maka gunakanlah fitrah itu untuk mendekatkan
diri kepadanya.
2) Pastikan tidak melanggar hukum Allah
- Tidak ada pergaulan bebas, tidak mendedahkan aurat, tidak mengabaikan asas-asas agama.
3) Jangan mencintai seseorang melebihi cinta kepada Allah
- Cintalah sseorang itu seadanya sahaja. Jangan biarkan perasaan cinta itu melebihi cinta kepada
Allah kerana cinta yang paling agung itu adalah cinta kepada yang maha Esa..
Nabi Muhammad S.A.W bersabda " Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agamanya dan akhlaknya, maka nikahilah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah dan kerosakan yang merata di muka bumi."
( Hadith riwayat Tarmizi dan Ahmad )
~ Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yg bijaksana takkan terpaut pda wanita hanya kepada kecantikan,lirikan senyuman,pda bicara mnja&mgoda atau pada pujuk rayu seorg wanita yg meruntuhkan imannya.Telah tecatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yg di redhai-Nya, si dia turut di jalan yang sama. Insya Allah.. ~
Sesungguhnya janji Allah itu pasti !!
Hanya kerana agamanya.. Subhanallah..
No comments:
Post a Comment