Thursday, October 28, 2010

~ IMPIANKU.. BUNGA IDAMAN ISLAM ~


Assalamualaikum... apa khabar sahabat2 iqa semua.. iqa harap kalian semua sihat dan bahagia di bawah limpah kasih dan kurnia serta rahmat dariNYA.. Alhamdulillah.. kesihatan iqa beransur pulih.. Syukur padaMU Ya Allah kerana menganugerahkan mereka sebagai sahabat ku.. Tatkala bersendirian.. menitis air mata ku mengenangkan pengorbanan yang dilakukan oleh sahabat- sahabat ku tersayang.. " Karamahnya ukhwah bersulamkan cinta kerana Allah.. " Menjaga dan merawat ku sebaiknya sehingga keadaan ku kembali seperti biasa.. juga.. pengorbanan UMMI, AYAH dan ADIK ku sayang.. sanggup datang menjengukku di kampus, kerana risaukan kesihatanku.. Ya Allah.. sungguh nikmat kasih sayang yang Kau anugerahkan untuk ku Ya Allah.. Hati ini ikhlas menyayangi USRATI dan SAHABAT-SAHABAT ku HANYA KERANAMU YA ALLAH.. T_T

Teringat kata-kata seseorang sahabat " Hapuslah Air mata mu wahai adikku sayang .. " Untuk kali ini, iqa ingin kongsikan dengan sahabat-sahabat, " Amalan Untuk Menjadi Wanita Solehah " Semoga ia memberi manfaat kepada kita bersama.. Insya Allah..


~ AMALAN UNTUK MENJADI WANITA SOLEHAH ~

1) Mendirikan solat

2) Menjaga solat ( Tidak melengahkan solat )

3) Bersyukur dan redha

4) Menjaga maruah diri

5) Takut murka Allah

6) Menjaga amanah

7 ) Melazimi Al-Quraan dalam kehidupan seharian


dan..


~ CIRI-CIRI WANITA SYURGA ~

1) Bertakwa

2) Beriman kepada Allah

3) Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Allah

4) Ihsan, iaitu beibadah kepada Allah seakan-akan tidak melhat Allah dan
mengetahui Allah sedang memerhatikannya

5) Ikhlas beribdah semata-mata kerana Allah, tawakal kepada Allah, mencintai
Allah, takut dengan azabNYA, mengharap rahmat Allah, bertaubat dan
bersabar dengan takdir serta mensyukuri segala nikmatNYA

6) Menyambung tali persaudaraan orang yang memutuskannya

7) Adil dalam segala perkara

8) Menepati @ Berpegang dengan janji

9) Berbakti kepada ibu-bapa



Nasihatnya tidak pernah ku lupa.. " Wanita itu dipandang tinggi kerana maruahnya.. Jagalah dirimu dan imanmu sebaiknya.. " ~ Hanya Kerana Agamanya.. Subhanallah.. ~


11 DAYS LEFT FOR FINAL EXAMINATIONS...

Selamat menghadapi peperiksaan kepada sahabat-sahabat semua tidak kira dimana kalian berada.. maafkan iqa andai iqa ada melakukan kesalahan .. kerana diriku juga insan biasa... Walau jauh dimata, tetap dekat dihati..

" Ya Allah.. andai kegagalan kami menjadi fitnah kepada agamaMU maka cemerlangkanlah kami dalam setiap perbuatan, Andai kejayaan kami membawa kami jauh dari Islam, maka ENGKAULAH yang berhak menentukannya.. Kerana kami mengimani apa yang Kau takdirkan dan tidaklah ianya suatu yang sia-sia melaikan ada hikmah yang tersirat sebaliknya.. Amin Ya Rabbal Alamin... "

Friday, October 15, 2010

~ FINAL EXAMINATION IS JUST AROUND THE CORNER ! ~


Assalamualaikum ...

tanpa ku sedari, semester 3 hampir melabuhkan tirai.. muhasabah diri.. apakah yang telah ku usahakan sepanjang semester ini ? sudah cukup ke persediaan yang ku lakukan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir yang bakal tiba ? Semester ini, iqa ambil 6 subjek, dan hanya 5 subjek yang ada final.. dan, tinggal 24 hari sahaja lagi untuk final exam..Teruskan usaha dan kuatkan semangat iqa ! Jika orang lain mampu, iqa juga mampu ! Insya Allah ..

~ My Final Examination Schedule ~

1) 9/11/2010 - Engineering Materials
2) 10/11/2010 - Numerical Methods
3) 12/11/2010 - Thermo-fluids
4) 19/11/2010 - Technical Communication 1
5) 23/11/2010 - Manufacturing Process

" Bismillahirrahmannirrahim.. Ya Allah, aku mempertaruhkan kepadaMU ilmu yang telah ku pelajari, ingatkanlah ketika ku memerlukannya dan jangan biarkan hambaMU melupai ilmu-ilmu itu, wahai Tuhan ku.. Juga, jadikanlah ku sebahagian daripada hamba-hambaMU yang mendapat pencapaian yang hebat daripada cahaya yang Engkau berikan, dan rahmat yang Engkau sebarkan, dan rezeki yang Engkau berikan, dan kemudharatan yang Engkau hindarkan, dan bencana yang Engkau angkat daripada menimpa dan fitnah yang Engkau jauhkan.. Amin Ya Rabbal Alamin.. "

Bittaufiq wannajjah fi kulli imtihan untuk ku juga sahabat ku semua... Perjuangan perlu diteruskan... mengalah tidak sama sekali !

" Dalam perjuangan ada masanya menaik, dan ada masanya menurun. Kegagallan bermula apabila kita merasa lemah, dan kejayaan bermula apabila kita merasa tidak pernah kalah "
~ As. Syahid Syed Qutb ~

~ Hanya Kerana Agamanya.. Subhanallah.. ~

Saturday, September 25, 2010

~ LA TAHZAN, INNALLAH HA MA'ANA... T_T ~


Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersirat disebaliknya... Mungkin... Ujian yang sedang kulalui ini, mampu menjadikan diriku semakin tabah mengharunginya.. Ya Allah, kadang kala terasa seperti mampu untuk mengharunginya...tetapi, kusedari Ya Allah... mana mungkin untukku melupainya .. kerana diri ini juga insan biasa...


Andai tiada CINTA dari Adam untukku.. cukuplah hanya CINTA Allah menyinari dan memenuhi jiwaku.. biarlah hanya cinta usrati yang menberi kebahagiaaan untuk diriku.. cukuplah.. Jangan biarkan hatiku tersentuh lagi sehingga saat itu benar2 tiba untukku.. Teringat kepada kata-kata seorang sahabat.. " KEJARLAH CITA2 SEMAMPUMU.. AKAN TIBA SUATU SAAT CINTA AKAN MENGIRINGINYA.." ingatlah wahai hati... cintailah Allah setingginya, kerana itu adalah cinta yang tak akan pernah mengecewakan..



Bismillahirrahmannirrahim...

Ya Allah.. Jika aku jatuh cinta.. cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU.. agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMU..

Ya Muhaimin.. jika aku jatuh hati.. izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU..agar tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana.. Jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya.. agar tidak berpaling dariMU..

Ya Rabbul Izzati.. jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMU..

Ya Allah..jika aku mengagumi hambaMU.. jangan... jangan biarkan aku mengaguminya melebihi rasa kagum dan cintaku padaMU...



~ Hanya Kerana Agamanya.. Ya Allah.. andai Kau takdirkan dirinya untukku, dekatkanlah hatinya dan hatiku.. jagalah hatiku dan jagalah dirinya untukku.. Andai.. Andai dirinya bukan untukku, redhakanlah.. damaikanlah.. tenangkanlah hatiku dengan ketetentuanMU.. Kuatkanlah imanku Ya Allah.. ~


Zikrullah itu penenang jiwaku.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakhbar...T_T

Thursday, September 2, 2010

~ PENGERTIAN ? UNDANG-UNDANG ? ~


~ PENGERTIAN CINTA ? ~

Apa yang kita fahami tentang erti cinta? Jika kita tanyakan persoalan ini kepada para remaja yang sedang hangat bercinta, pelbagai jawapan yang akan diperolehi. Di antara jawapan itu mungkin ada yang berkata: Cinta adalah kasih sayang, cinta adalah buta, cinta adalah rindu-rinduan, cinta adalah tempat meluahkan perasaan dan pelbagai jawapan lagi. Ini hanyalah jawapan pada tanggapan mereka sahaja bahawa cinta bermaksud sedemikian. Betulkah maksud cinta seperti yang para remaja itu fahami?

Menurut En. Pahrol Mohd Juoi, cinta mempunyai beberapa erti yang praktikal di antaranya cinta itu beerti tanggungjawab, perbutan / tindakan, memberi dan lain-lain lagi. Jika kita menyatakan perasaan dan ungkapan cinta kepada seseorang, ini bermakna kita akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas orang yang kita tujukan ungkapan tersebut. Kita akan bertanggungjawab terhadap segala masalahnya yang dihadapinya termasuklah kewangan, pendidikan, kesihatan dan sebaginya lagi. Sebagai merialisasikan cinta itu, kita juga perlu bertindak melakukan sesuatu untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya tanpa kenal penat dan jemu. Kita sanggup memberikan segala tenaga, masa dan wang ringgit untuk orang yang kita cintai itu dengan bersungguh-sungguh.

Disebabkan itulah para suami / bapa sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu dan menyelesaikan masalah isteri dan anak-anaknya kerana suami / bapa itu mencintai dan menyayangi mereka sepenuh hatinya. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk membahagiakan orang yang dia cintai dan sayangi. Begitulah hebatnya cinta yang ditunjukkan oleh suami / bapa sebagai memenuhi amanah daripada Allah Taala kepadanya.

" Cinta akan datang jika cita-cita diutamakan, namun jika cinta diutamakan belum tentu cita-cita akan datang..... "

~ FITRAH MANUSIA KEPADA CINTA DAN BERPASANGAN ~

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan sesungguhnya Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan.
(Surah an-Najm: Ayat45).


Perasaan untuk berpasangan dan bercinta adalah fitrah yang telah dicampakkan oleh Allah Taala kepada hamba-hambaNya. Ini bermakna fitrah untuk dicinta dan mencintai adalah sesuatu yang suci lagi bersih.

Menurut En. Pahrol Mohd Juoi, jiwa manusia ini sememangnya memerlukan cinta kerana cinta diibaratkan seperti makanan kepada jasad. Jasad memerlukan makanan untuk memberikan kekuatan. Kekuatan inilah yang akan menggerakkan tubuh badan untuk menunaikan segala tugas dan tanggungjawab. Begitu jugalah diibaratkan keperluan cinta ke atas diri setiap manusia. Masing-masing memerlukan di antara satu sama lain.

Memandangkan cinta adalah suci lagi murni, janganlah kita kotorkan ia dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan kesucian cinta itu. Perbuatan ini akan membuatkan Allah Taala murka kepada kita. Segala batasan syarak mestilah dipatuhi agar fitrah yang suci itu tidak bertukar menjadi fitnah!


~ UNDANG -UNDANG ~

En. Pahrol Mohd Joui telah menggariskan beberapa peraturan dan batasan-batasan untuk bercinta. Di antaranya ialah:

1) Hendaklah cinta itu didasari dengan cinta Allah
- Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah
Taala. Allah memberikan fitrah itu kepada kita , maka gunakanlah fitrah itu untuk mendekatkan
diri kepadanya.

2) Pastikan tidak melanggar hukum Allah
- Tidak ada pergaulan bebas, tidak mendedahkan aurat, tidak mengabaikan asas-asas agama.

3) Jangan mencintai seseorang melebihi cinta kepada Allah
- Cintalah sseorang itu seadanya sahaja. Jangan biarkan perasaan cinta itu melebihi cinta kepada
Allah kerana cinta yang paling agung itu adalah cinta kepada yang maha Esa..


Nabi Muhammad S.A.W bersabda " Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agamanya dan akhlaknya, maka nikahilah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah dan kerosakan yang merata di muka bumi."
( Hadith riwayat Tarmizi dan Ahmad )



‎~ Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yg bijaksana takkan terpaut pda wanita hanya kepada kecantikan,lirikan senyuman,pda bicara mnja&mgoda atau pada pujuk rayu seorg wanita yg meruntuhkan imannya.Telah tecatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yg di redhai-Nya, si dia turut di jalan yang sama. Insya Allah.. ~


Sesungguhnya janji Allah itu pasti !!

Hanya kerana agamanya.. Subhanallah..

Saturday, August 14, 2010

~ PASTI ADA HIKMAH YANG TERSIRAT... SUNGGUH JANJI ALLAH ITU PASTI... T_T ~


~ RAHMAT UJIAN ~

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu....


Mungkin... Ujian yang sedang ku lalui ini sebagai tanda Allah menyayangiku... Sejauh manakah kemampuanku untuk bertahan dengan ujian yang diberikan... Sesungguhnya JANJI ALLAH ITU PASTI ! wahai hati... bersabarlah... Aku mohon padaMU ya Allah... berikanlah dikiku kekuatan untuk mengharunginya agar hambamu ini dapat melalui liku-liku kehidupan ini dan kurniakanlah kasih sayang dan rahmatMu kepadaku wahai Tuhanku.... Allahuakhbar... T_T

Friday, August 13, 2010

~ UjianMU tanda kasih sayang dariMU padaku Ya Allah.. T_T ~


Ya Allah..kadang kala terasa diri ini lemah menghadapi ujian dariMU.. Tenangkanlah hatiku dan kuatkanlah semangatku Ya Allah...Kerana diri ini mengetahui bahawa diriMU tidak akan membebankan hambamu diluar batas kemampuannya...T_T


" Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal,dan Dia adalah tuhan yang memiliki Arys yang agung" (Surah At-Taubah : 129)


Lantas membuatkan diriku mengingati pesanan sahabat yang meninitipkan kata -kata semangat kepada ku..


" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman" (Surah Ali Imraan : 139)


Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakhbar...

Zikrullah itu penenang jiwaku..... T_T

Thursday, August 12, 2010

~HADITH BERKAITAN DENGAN FADHILAT RAMADHAN ~



Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."


Sumber : http://www.darulnuman.com/semasa/ramadhan.html


AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN ....

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua sahabat2 tidak kira dimana kalian berada... karamahnya ukhwah bersulamkan cinta kepada Allah..

ilalliqa' wa ma'assalamah.. :-)