Sunday, January 30, 2011

~ SELAMAT BERCUTI SAHABATKU ~


Assalamualaikum..apa khabar sahabat2 semua..alhamdulillah..cepat rasanya masa berlalu.. rasanya.. bagaikan semalam iqa dan sahabat-sahabat seperjuangan mulakan sesi pengajian semester 4, dan kini kami sedang cuti pertengahan semester... :-)

CUTI ? SERONOKNYA !! SUBHANALLAH...

kenapa iqa kata cuti seronok ? kerana.. masa yang ada inilah sebaiknya dimanfaatkan bersama usrati tersayang.. indahnya.. kembali kepada main intention iqa nak update blog waktu ini ialah kerana tertarik dengan ruangan ADAB di majalah Solusi bilangan 28..Kerana iqa rasakan tajuk ini sangat sesuai untuk dikongsikan bersama.. Apa tajuknya ya ? :-)


~ ADAB SEMASA BERMUSAFIR ~

1) Wanita tidak bermusafir kecuali ditemani muhrimnya.
- Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak
halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhir bermusafir selama
sehari semalam kecuali disertai mahramnya".(Muttafaqun alaih)

2) Bermusafir dengan teman yang soleh.
- Rasulullah s.a.w melarang bermusafir sendirian melalui sabda Baginda yang diriwayatkan
oleh Abdullah bin Umar yang bermaksud: "Sekiranya manusia mengetahui bahaya
(musafir) sendirian seperti yang aku ketahui, nescaya tidak ada seorang pun yang
berpergian pada malam hari sendirian". (Riwayat Al-Bukhari)

3) Hendaklah berteman tidak kurang dari tiga orang.
- Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " seorang yang bermusafir adalah syaitan. Dua
orang yang bermusafir ialah dua syaitan. Tiga orang yang bermusafir ialah rombongan yang
ideal (jauh daripada syaitan)"(Riwayat Ahmad,Abu Daud dan al-Tirmizi)

4) Melantik seorang ketua.
- Rasulullah s.a.w memerintahkan hal ini dalam sabdanya yang bermaksud:"Jika tiga orang
keluar dalam perjalanan, hendaklah melantik salah seorang daripada mereka untuk menjadi
pemimpin."( Riwayat Abu Daud)

5) Mentaati pemimpin.

6) Pemimpin hendaklah berlembut dengan anggota rombongan.

7) Sunat bermusafir pada hari khamis.

8) Membaca doa keluar rumah, menaiki kenderaan dan bermusafir.

Daripada Ibni Umar r.a. berkata,Rasulullah s.a.w. bersabda (berdoa ketika ingin bermusafir) : "Maha suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini bagi kami,padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya,dan sesungguhnya kami akan kembali kepada tuhan kami ; Ya Allah,sesungguhnya kami memohon kepadaMu didalam perjalanan kami ini kebajikan dan ketaqwaan dan amal yang engkau redhai ; Ya Allah,mudahkanlah perjalanan ini bagi kami dan dekatkanlah kejauhannya ; Ya Allah,Engkau adalah penyerta kami di dalam perjalanan ini dan pengganti kami di keluarga kami ; Ya Allah,sesungguhnya aku berlindung kepadaMU dari bencana safar dan kesedihan pemandangan,dan keburukan tempat kembali pada harta dan keluarga"(Riwayat Muslim)
Setakat disini dahulu yang dapat iqa kongsikan bersama sahabat-sahabat.. manfaatkanlah waktu yang ada sebaiknya.. kerana.. mana mungkin masa itu dapat diundur kembali.. hargailah ia sebaiknya..

jaga diri , jaga iman dan jaga kesihatan ya..

ilalliqa' wa ma'assalamah..

Assalamualaikum.. :-)

~ Hanya Kerana Agamanya .. Subhanallah.. ~

Tuesday, January 11, 2011

TATKALA RINDU MENGUNJUNG TIBA...


Tiada kata yang ingin ku ungkap...Tiada lafaz yang mahu ku tuturkan..Hanya..


Tatkala rasa rindu berkunjung tiba..
" Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada orang tuanya dalam sehari .."



Oleh itu sebagai seorang anak yang soleh/solehah , kita hendaklah mendoakan ibu bapa. Istimewanya ibu bapa boleh dirujuk dalam Surah Al-Israa' ayat ke 24 :

Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah " Wahai Tuhanku ! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik ku sewaktu kecil "

Bismillahirrahmanirrahim..
Rabbilfighli waliwa lidayya warhamhuma kama rabbayani saghira.. Amin Ya Rabbal Alamin..

sampai di sini dahulu coretan ku..

kepada sahabat- sahabat yang disayangi kerana Allah, jaga diri dan jaga iman ya..

ilalliqa' wa ma'assalamah..

Assalamualaikum.. :-)

~ Hanya kerana Agamanya.. Subhanallah.. ~

Saturday, January 8, 2011

~ 6 GOLONGAN YANG DIDOAKAN OLEH PARA MALAIKAT ~


Assalamualaikum.. dah lama rasanya iqa tak update blog.. iqa mohon maaf kepada sahabat-sahabat.. sehinggakan ada sahabat yang mengingatkan iqa " iqa bila nak update blog? saya tunggu tau ! " maafkan iqa ya.. alhamdulillah.. dalam diam, dah seminggu iqa dan sahabat2 di bumi UTeM tercinta meneruskan sesi pengajian kami di sini.. Subhanallah..

" setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya .. perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk setiap hambaNYA , kerana DIA lebih mengetahui.. "

jika difikirkan kembali, kelakar pun ada.. hehe.. bila terlalu sibuk bergelumang dgn tugasan harian serta kuliah dikampus, tatkala itu juga, pasti akan terdetik dihati.. " Ya Allah.. nak balik rumah.. " hehe.. macam-macamkan ? nasib baik lah kampus tak jauh.. alhamdulillah.. :-)

sedikit perkongsian yang ingin iqa sampaikan kepada sahabat-sahabat, email yang iqa perolehi dari seorang sahabat iaitu 6 GOLONGAN YANG DIDOAKAN OLEH PARA MALAIKAT. Menarik kan..

merujuk kembali kepada kitab suci Al-Quraan dalam Surah Al-Anbiyaa' ayat 26 -28 , Allah telah berfirman " Dan mereka berkata, " Tuhan Yang Maha Pengasih telah menjadikan (malaikat) sebagai anak." Maha suci Dia. Sebenarnya mereka (para malaikat) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak berbicara mendahuluiNYA dan mereka mengerjakan perintahNYA. Dia (Allah) lebih mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka tidak memberi syafaat melainkan kepada orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepadaNYA."


Enam golongan tersebut ialah :


1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘” *(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia” * (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.
Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan” *(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf” *(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu” *(Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘” *(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

setakat di sini dahulu perkongsian iqa bersama sahabat-sahabat.. andai ada kelapangan waktu , iqa akan update lagi ya.. Insya Allah..

jaga diri n jaga iman ya..

ilalliqa' wa ma'assalamah..

Asslamualaikum.. :-)

~ Hanya kerana agamanya.. Subhanallah.. ~