Sunday, January 30, 2011

~ SELAMAT BERCUTI SAHABATKU ~


Assalamualaikum..apa khabar sahabat2 semua..alhamdulillah..cepat rasanya masa berlalu.. rasanya.. bagaikan semalam iqa dan sahabat-sahabat seperjuangan mulakan sesi pengajian semester 4, dan kini kami sedang cuti pertengahan semester... :-)

CUTI ? SERONOKNYA !! SUBHANALLAH...

kenapa iqa kata cuti seronok ? kerana.. masa yang ada inilah sebaiknya dimanfaatkan bersama usrati tersayang.. indahnya.. kembali kepada main intention iqa nak update blog waktu ini ialah kerana tertarik dengan ruangan ADAB di majalah Solusi bilangan 28..Kerana iqa rasakan tajuk ini sangat sesuai untuk dikongsikan bersama.. Apa tajuknya ya ? :-)


~ ADAB SEMASA BERMUSAFIR ~

1) Wanita tidak bermusafir kecuali ditemani muhrimnya.
- Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak
halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhir bermusafir selama
sehari semalam kecuali disertai mahramnya".(Muttafaqun alaih)

2) Bermusafir dengan teman yang soleh.
- Rasulullah s.a.w melarang bermusafir sendirian melalui sabda Baginda yang diriwayatkan
oleh Abdullah bin Umar yang bermaksud: "Sekiranya manusia mengetahui bahaya
(musafir) sendirian seperti yang aku ketahui, nescaya tidak ada seorang pun yang
berpergian pada malam hari sendirian". (Riwayat Al-Bukhari)

3) Hendaklah berteman tidak kurang dari tiga orang.
- Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " seorang yang bermusafir adalah syaitan. Dua
orang yang bermusafir ialah dua syaitan. Tiga orang yang bermusafir ialah rombongan yang
ideal (jauh daripada syaitan)"(Riwayat Ahmad,Abu Daud dan al-Tirmizi)

4) Melantik seorang ketua.
- Rasulullah s.a.w memerintahkan hal ini dalam sabdanya yang bermaksud:"Jika tiga orang
keluar dalam perjalanan, hendaklah melantik salah seorang daripada mereka untuk menjadi
pemimpin."( Riwayat Abu Daud)

5) Mentaati pemimpin.

6) Pemimpin hendaklah berlembut dengan anggota rombongan.

7) Sunat bermusafir pada hari khamis.

8) Membaca doa keluar rumah, menaiki kenderaan dan bermusafir.

Daripada Ibni Umar r.a. berkata,Rasulullah s.a.w. bersabda (berdoa ketika ingin bermusafir) : "Maha suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini bagi kami,padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya,dan sesungguhnya kami akan kembali kepada tuhan kami ; Ya Allah,sesungguhnya kami memohon kepadaMu didalam perjalanan kami ini kebajikan dan ketaqwaan dan amal yang engkau redhai ; Ya Allah,mudahkanlah perjalanan ini bagi kami dan dekatkanlah kejauhannya ; Ya Allah,Engkau adalah penyerta kami di dalam perjalanan ini dan pengganti kami di keluarga kami ; Ya Allah,sesungguhnya aku berlindung kepadaMU dari bencana safar dan kesedihan pemandangan,dan keburukan tempat kembali pada harta dan keluarga"(Riwayat Muslim)
Setakat disini dahulu yang dapat iqa kongsikan bersama sahabat-sahabat.. manfaatkanlah waktu yang ada sebaiknya.. kerana.. mana mungkin masa itu dapat diundur kembali.. hargailah ia sebaiknya..

jaga diri , jaga iman dan jaga kesihatan ya..

ilalliqa' wa ma'assalamah..

Assalamualaikum.. :-)

~ Hanya Kerana Agamanya .. Subhanallah.. ~

No comments:

Post a Comment