Tuesday, November 15, 2011

~ Hanya kepadaMU Ya Allah.. ~

Ya Allah.. teguhkan imanku.. kuatkan langkahanku.. Setiap kesulitan itu pasti ada kemudahan .. T_T


Terlintas kata - kata ini.. seketika.. "bilamana Allah datangkan ujian.. itu tandanya Allah mengasihi kita setiap ketika.. dan dikala itu.. tahap keimanan juga diuji.. benar.. kadangkala ia mudah untuk diucap.. tetapi bukan mudah untuk dilaksanakan.. sedangkan ramai yang terbiar dilalaikan.. tetapi.. Allah memilih kita untuk menghadapinya.. kerana DIA merindui rintihan yang dinanti.. untuk mendapat rahmat dariNYA.." La haulawala quwata illa billah.. "


Disaat ini.. pelbagai persoalan bermain diminda..bermukim di hati.. Ya Allah.. sungguh.. diri ini benar2 diduga..

Benarlah.. di kala DIA menurunkan ujian kepada hambaNYA.. pasti ada hikmah yang tersirat di sebaliknya.. bagaikan penawar yang Allah berikan kepada diri.. dikala lembaran kiriman kasih darinya itu ditadabbur.. tidak semena-mena terpandang kepada ayat yang tercatat dalam surah At- Talaq, ayat 3 di mana Allah telah berfirman :


"Barangsiapapa bertakwa kepada Allah, nescaya DIA akan membuka jalan keluar baginya, dan DIA memberi rezeki yang tidak disangka2, dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNYA. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap setiap sesuatu ( Surah At-talaq : 3 )


indahnya aturanMU Ya Allah.. subhanallah.. dikala diri benar-benar terasa goyah.. ENGKAU titipkan kata-kata cinta ini .. kerana diri ini yakin.. Allah tidak akan pernah menurunkan ujian kepada hambaNYA, tanpa penyelesaian.. pasti ada jalannya, tabahkan Ya Allah untuk menempuhi dugaan ini sebaiknya..

Wahai diri.. bangkitlah.. bukankah Allah telah berfirman :


"katakanlah, " Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri ! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." ( Surah Az-Zumar :53 )


Satu demi satu ujian dilalui Ya Alah.. teguhkanlah iman ku.. jangan sekali membiarkan diri ini mengatur nasib sendiri Ya Allah.. bimbinglah diri ku.. untuk membuat keputusan sebaiknya..


Disaat ini.. bait kata-kata ini berlegar di ruangan minda..


Pernah hati ini terguris

Dengan fitnah dan tohmahan menghiris

Sehingga terasa diri ini hina

Kerana tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup

Biarpun tiada siapa yang menemani

Keseorangan aku di lautan sepi

Ditinggalkan mereka yang aku percayai..


Namun ku tahu ada hikmahnya

Setiap segala yang menimpa diri

Kuserahkan segala padaMu Tuhan

Yang berkuasa jua mencipta

Kerana engkau MAha Mengetahui

Segala apa yang terbuku di hati..


Ya Allah tidakku terdaya lagi

Menahan dugaan yang mencabar ini

Terasa bagai noktah telah kutemui

Mengakhiri segala yang telah aku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku

Bekalkanlah daku dengan limpahan iman

Agar tabahku menghadapi dugaan

Agar tidakku berhenti di pertengahan..


Kini di sini aku berdiri

Bersama harapan yang tulus suci

Agar terbitlah kembali menteri pagi

Setelah malamku berkalut benci..


Ingatlah.. wahai insan.. Allah telah berfirman :


" Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, " Kami telah beriman, " dan mereka tidak diuji ? ( Surah Al-Ankabut : 3)


teringat kiriman yang pernah ku terima dari seorang sahabat..


Hassan Basri ditanya : Apakah rahsia zuhudmu di dunia ini?

Beliau menjawab : Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan oleh orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah sentiasa memerhati diriku, kerana itulah aku malu jika Allah melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku mengetahui.. Kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku sibuk menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah..


" Dan aku mengetahui.. Kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku sibuk menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah.. "


Jika diri rasa lemah dengan ujian.. bangunlah.. kerana ada insan yang diuji lebih hebat dari apa yang di alami.. jika mereka mampu untuk mengharungi sebaiknya, kenapa tidak kita ??

‎"Kepahitan itu perit untuk diterjemahkan, namun sekurang-kurangnya kita akan menemui jalan kebaikan setelahnya. Namun, kemanisan itu sangat asyik di pelayaran, sedikit pun kita tidak terfikir ia bakal mengundang kehancuran setelahnya.. "

belajarlah.. belajarlah untuk memahami.. jua.. untuk di fahami.. berlapang dada.. untuk sentiasa memaafkan.. pasti ketenangan itu akan diperolehi.. biarpun hanya yang mengalami akan mengerti..


Allah sentiasa ada untuk hambaNYA..


‎" Wahai orang-orang yang beiman ! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar " ( Surah Al-Baqarah : 153 )


Ya Allah.. dengan rahmat dan kasih sayangMU.. diri ini memamhami.. " Allah sentiasa akan memberikan apa yang kita perlukan bukan apa yang kita ingin kan.. izinkanlah untuk ku kembali memiliki walau sedikit kekuatan dariMU.. untukku harungi ujian dariMU ini sebaiknya.. supaya mampu untuk ku hadapi ujian ini berlandaskan iman.. permudahkanlah langkahanku Ya Allah.. T_T


Amin Ya Rabbal Alamin..


Coretan kata.. nukilan hati..

No comments:

Post a Comment