Saturday, December 31, 2011

~ Air Mata itu.. ~

Itulah kenapa perasaan seorang wanita sangat peka. Allah menciptakannya dengan 9 perasaan dan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaannya ketika ia hadapi sebuah permasalahan.


Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, air matanya pun mengalir. Bukan kerana dia lemah, tapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada didadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya


Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa? Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya, dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan, ketika dia harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.


Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.


Diciptakannya mereka begitu sabar menghadapi cercaan dari bayi yang dilahirkannya dari rahim. Allah memberikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih sayang pada keluargannya walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang tanpa kenal lelah dan kadangkala menahan sakit namun mereka tidak pernah berkeluh kesah.


Cinta yang diberikan kepada putera puterinya tidak terbatas. Dia hanya tulus memberi dan tidak pernah mengharap kembali.. walau kadangkala dia disakiti dan dicaci maki namun setiap saat dan keadaannya dia begitu beerti tidak pernah sakit hati walau hatinya sering kali dilukai.


Wanita sebagai semangat dan kekuatan untuk membimbing suami ketika masa sulit yang dihadapinya bukankah wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki. Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selalu selamat dan tak tercedera?


Satu kekhususan yang Allah berikan pada wanita, AIR MATA. kerana dengan air mata wanita boleh menumpahkan perasaannya bila mereka memerlukannya. Bukan sebuah kelemahan ketika wanita menangis tapi air mata itu adalah sebuah air mata kehidupan.


‘Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. (Al-Hadith)


Oleh kerana itulah wahai ikhwan jadikan jangan kau siakan An-Nisa'... Ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kau melukai hati wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu...


Sumber:http://akuislam.com/blog/renungan/kenapa-wanita-mengalirkan-air-mata/#axzz1i0imcmrB


Dan dikala itu.. pesanannya.. terlintas di minda..


Wahai An-Nisa' ..


berusahalah untuk gembira..

walau dihati sedang berduka lara..

jadikan titisan airmatamu itu seperti permata..


kerana An-nisa'..


kerana permata itu mahal harganya..

maka peliharalah ia sebaiknya..

An-nisa'.. ingatlah pesanku..

menangislah.. andai itu mampu memberi ketenangan padamu..

demi merawat kelukaan hatimu..


tetapi An-nisa' ku...


jangan.. jangan sekali engkau lupa..

mengangislah ketika Engkau BERTEMU dengan penciptaMU..

kenanglah segala kesilapan yang pernah engkau lakukan..

dikala engkau sedar.. jua.. dikala dirimu terleka..

bukankah Allah telah berfirman " dengan mengingatinya pasti hati akan menjadi tenang? "


kembalilah kepadaNYA wahai An-Nisa'..


~ Ya Rabb.. andai.. andai sesaat diri ini terleka.. tariklah kembali.. untuk lebih mendekatiMU.. semoga terus istiqamah mengejar cinta dan kasih ilahi.. Amin.. ~ No more tears. Insya Allah.


" Hanya Kerana Agamanya.. Subhanallah.. "

2 comments:

  1. Subhanallah...semoga Allah swt sentiasa meredhai setiap titisan air mata kita yang jatuh kerana cinta & rindu yang tiada tara kepadaNya.. Kadangkala air mata itu tumpah kerana ia pasrah akan takdir Illahi.. Kadangkala ia tumpah untuk mencari redhaNya, kerana bejihad meninggalkan laranganNya, dan berusaha melaksanakan amanahNya..Itulah langkah kehidupan seorang mujahiddah, air matanya setiasa mengalir kerana Cinta, Takut & Harap kepada Illahi, namun, tidak sekali-kali kerana menyesali segala yang berlaku.
    Doaku buat kita semua,
    " semoga mendung yang menutupi kesuraman hari ini, bakal menghadirkan pelangi yang berwarna warni nan indah menyinari perjalanan hari setelah mendung berlalu pergi..Semuanya dengan kunci REDHA, SABAR & PASRAH".." Ya Allah, kurniakanlah kami kesabaran menghadapi ujianMu, dan terus berpegang kepada Tauhid Lailahaillallah agar kami tidak kufur dengan musibahMu, dan agar kami dimantapkan Iman setelah ujian ini berlalu." Amin..Ya Robbal Alamin.. May Allah blessing be with you sahabatku Iqa...All the best for your final exam.." Ingati Daku Dalam Doamu".. Uhibbuki Fillah..Ilalliqa'

    ReplyDelete
  2. ukhtiku.. syukran atas nasihatmu.. uhibbuki fillah.. ma'assalamah.. :-)

    ReplyDelete